Followers

add your link here ^_^

25 December 2010

~barang baek punya~


elowww everyone....
minggu ni agak sibuk sampai tak sempat nk update blog...sibuk menguruskan
Putpanda Shop

macam-macam ada dlm putpandashop neh...kami akan update dari masa ke semasa.....pelan-pelan kayuh kan...chilex yer...
nk tgkp gmbr barang pun ambil masa yg lama...2ari gak la...tambah-tambah lagi camera digital akak aku bawak balik uia pulak...so pakai ciber aku jela a.k.a c902 5mp aku tuh...lawa je aku tgk kualitinye..sampai kan benang kain cotton jelas kelihatan disitu..huhuhu...
bile korang dgr putpanda shop mesti korang pikir jual barangan-barangan yg berkaitan ngn panda je kan...salah sama sekali tuh....sekarang neh baru ader 3 barang je dlm tuh iaitu rayban,kain pasang cotton dan inner cotton...barang-barang laen akan diupdate setelah stok ader yer...pada masa akan dtg aku nk masukkan panda keychain yg sgt comei...best sgt bile pegang.....dan mungkin baju-baju korea fashion...still lg dlm perancngan..ingt aku byk duit ke nk beli semua tuh.
harga pula berpatutan..kami hanya menjual barang yg berkualiti walaupun x original mcm rayban tu..bukan 10ringgit punye tau rayban tuh...kualiti bagus punye...kaca so berat sampai aku xlarat nk angkt(tipu sgt la tuh) hahahhaaha
kain cotton pula sejuk dan lembut....ader kain viscose italy,english cotton dan swiss cotton yg ader gold print kain viscose italy ni teksturnya lembut tp kain tetap cotton..coraknya sgt lawa..buat kurung pahang sgtlah lawa...aku lak jatuh cinta ngn english cotton..kaler semua lawa-lawa sbb bunge kecik-kecik...pastu korang padankan dgn tudung instant atau shawl cotton gipsi ke atau plain sgt la lawa.....hanya ader sehelai je bgi setiap jenis,rugi tak beli...first come first serve la yer...kalau ader sambutan neh nnti kami tambah lagi kain cotton neh lg dgn stok terbaru...so ape lagi ditunggu lagi..jemput singgah la yer...kul 3 pagi aku tdo sebab nk ciapkan
Putpanda blog ngn page kt facebook.....

17 December 2010

~mcm tuh ye kau~

maaf,aku tidak mampu utk bertahan lagi...dulu kau okeh jer...apa yang aku mahukan,semua kau turuti..wahhh sungguh bahagia ku rasa ketika bersamamu...saat itu,aku tidak mahu yg lain,aku hanya mahukan kau sahaja....aku sanggup tidak makan untuk terus menemanimu,kadang-kala aku selalu melambat-lambatkan mandi kerana tidak puas bersamamu....sungguh bahagia kita ketika itu..oh indahnya



namun,laut x selalunya tenang...ada sahaja gelora yg menimpa...semakin lama,kau semakin jauh dariku...maaf,aku tidak mampu lagi utk menemanimu kerana terlalu sibuk...mungkin kau terasa dgn apa yg aku lakukan sekarang sehingga kau merajuk dgn begitu teruk sekali..

sejak detik itu...rupamu sudah berubah,kau selaku kaku bila aku menghadapmu..kenapa,kenapa kau bersifat sebegitu????tolong explain ciket boleh tak..kenapa kenapa...aku sungguh sedih ketika itu...kenapa kau diam kaku tanpa sebarang reaction...begang juga aku ketika itu...tapi harus ku tahan juga demi masa dpnku...

setelah kau diam kaku dihadapanku,beberapa hari selepas itu,kau pula demam biru....

kenapa kau demam biru..sungguh aku risaukan keadaanmu ketika itu,aku hanya ada kau sahaja..bermacam-macam ubat telah kuberikan kepadamu..puas aku mencari tabib2 dan dukun2 di web2 utk merawatmu...tetapi kau demam juga...

kau selalu sangat pengsan,kemudian bangun semula,pening aku melihatmu,tetapi aku paham..aku sudah biasa dgn keadaan mu sakit sebegini..ku hanya mampu bersabar dan mengharapkan kau cepat sembuh...namun dalam hatiku "benci toi la,menyusahkan aku jer" amacam jahat tak aku dgn kau..

semakin lama semakin kau mengada-ngada..aku mula rimas..aku dh xtahan lagi dgn sikap kau
LAPTOP


setelah asyik keluar blue screen kt laptop yg menyebabkan asyik restart restart and restart,sampai bile aku nk menghadap blue screen tuh,ditambah pula dgn selalu hang bile open any application,tambah lg hang bile surf internet...masalah masalah...suke sgt dtg kt aku yer...ko xde org laen ke nk pergi haha....jadi jalan terakhir utk meyelamatkan laptopku ini ialah FORMAT ajer lah...agak tertekan driver webcam wat hal lak,tetapi berjaya diselesaikan...operasi berjalan lancar..menjimatkan wang,x perlu hantar ke kedai utk format..sendiri bikin baru puas hati....terjamin data-data anda selamat..mcm promosi bisnes format laptop la pulak...

notakaki:mane x buat halnye,pkai ram pun 512..bile nth nk upgrade ntah la...sape2 ader ram 2gb yg nk jual x..mane tahu murah leh bagi aku...BAGI????ader sape-sape nak bagi aku free ker...aku ambek je..hahahhaha

semua dh complete,office 2007 je x jumpe lagi product key...cd installer office aku corupt dah,jd terpaksa download lain =(
korg xyah la pkai antivirus neh(putpanda punye nasihat yg xperlu concern sgt)..aku x pakai 2tahun dh kut,sbb tu virus menjadi2 neh...rilek jer..masuk virus g je format..tp aku mls nk format,leceh kut..biar je virus berkembang...xmenganggu keje aku sgt pon virus2 tuh...hahahhaa..rileks sudah...
,

12 December 2010

Rahsia WANITA yang LELAKI perlu tahu


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda apa pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan beradah di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s:credit to 1001 rahsia diri for the info

11 December 2010

~_~


picture can describe what im feeling rite now...nothing to say, nothing to write..siapa yang berani buat panda sedih neh..memang nk kena tumbuk laju2 nih...

06 December 2010

~mcm ni la yg jd~

tidakkkkk....ini tidak sepatutnye terjadi

adoiiii baru 2minggu cuti di rumah,suar jeans dh ketat..what the ford =p

mak tolong la jgn masak byk2 n sedap2 sgt...mak x masak pun xpe,leh angah diet

along,kaw punye pasal la neh,ajar tdo lmbt bgn lmbt,kan dh makin membesar adik kaw neh

tak boleh jadi nih,kene diet nih....usaha usaha usaha...mcm ada org tuh kata kan
"usaha tanda kejayaan"
mana entah belajar..hahahhahahahaha (^_^)

mak kata "mana x gemoknye,pg ptg mlm menghadap laptop je...ce tolong mak berkebun kt sekolah tabika mak tuh,leh kuruskan tangan n kaki tuh

p/s: nak diet konon...wakkkk luuuu yg kau beli stok mee cedap yg kau rasa sedap tuh kt tf pg td apesal....sengalable lah kau puteri noor mastura fullstopppp
aku rindu kau sgt3x nangis kang ~_~

04 December 2010

kisah cuti sambungan

salam and hye to everyone...
first of all, i want thanks to Allah because give me a strenght untill today..
my family and my friend...thanks everyone.

mesti pelik kan tiba-tiba buat ayat penghargaan nih...tak ada kena mengena pun..saja je...

cerite nya bermula apabila 4 beradik outing together dgn harapan shoping(menguruskan hal-hal yang sepatutnya diuruskan...apa itu..ni list nye:

1.renew rotet moto mom n dad
2.buy ticket for along
3.transfer money to another account
4.masuk shoping complex skodeng2


list 1 n 2 berjalan dgn lancar...tetapi list no 3 kurang lancar seperti jalan jem sewaktu raya thaipusam ye...duit dh la ngah tak ader neh..bank islam neh tak nak pulak keluarkan duit RM10...at last,terpaksa pergi another atm utk keluarkan 10ringgit aku tuh...
agak2 nya kalau aku kemaskini buku account tuh mesti dh penuh satu buku kan sampai perlu buku baru sebab setiap kali keluarkan duit mesti 10ringgit tak pun 40ringgit...jimat beb...budak kecil mana leh simpan duit banyak2...
agak-agak nya dpt duit ptptpu nnt aku kena keluarkan lagi ke 10ringgit..perlu ke..hahahha...sengal betoi rasa nk tumbuk laju2 je aku neh..
stopppp...

kenapa aku kata no 1 and 2 lancar tetapi bukan no 3 dan 4???

no 3 tak lancar sebab pergi bank islam duit xnk kuar(nk suh aku save la tuh)last kuar kt mybank,pastu change with my along and then she transfer money to her friend...siapa?itu kita tak tahu yer.
no 4 pulak aku telah menyebabkan kereta mak aku kemek dibahagian depan sebab reverse x tgk cermin sisi...tau mak neh abes la..tp xnmpk sgt kut.,,calar sikit jer...xkn mak nak marah kut...so beli je kete kancil mcm mak aku neh,calar buat xtau je,hahahaha..org langgar aku dr belakang pun aku buat xtau je..bgus x aku neh..rugi woooo,mhl lak nk repair bhgian yg rosak tuh
jalan punye jln dlm shoping complex,si anis lak tibe2 menghilangkan diri...punya la gabra...ape lg call la..dak2 zaman sekarng hp satu dua bijik sorg..berbunyi la (chiro) sony spiro anis tuh...borin je kami keluar..perut lapa..mak call tnye lama lagi ker...mak dh masak tggu kami ber4 balik je mkn sama-sama...lapa punye pasal singgah mcd jap drive thru

aku: ayam kawin one set
org mcd:hah????ayam kawin???
aku:eh eh set aym mcd satu pedas satu original satu set...no drumstick,no wings yer
org mcd:oooooo
lg cik

pasti terangkat la bile mkn yg spicy neh..agak2 pedas neh leh bkar lemak tak kt badan aku...atau sebaliknya... mcm tmbh lemak lg jer

muke khusuk order

ingatkan org mcd tuh tau ayam kawin tuh aper...ayam kawin tuh satu pedas satu lg original...belajar dr housemate..heheheehhe...
sejak kebelakangn neh aku minat lak mkn aym spicy mcd tuh...bdn pun dh mcm ayam..tidakkkkkk...must stop it

disebabkan mak dh masak kteorg beli set ayam n chicken mc deluxe je mkn dlm kereta...xtahan lapa punye pasal kan...
pergi mcd xde dlm list hal-hal sepatutnye diuruskan yer sbb pergi mcd tu patut masuk dalam list hal-hal yg sepatutnya dielakkan.....hahhahaah

along suh try baju tp aku n lia bergmbr lak dlm fiting room..

aku: ye kejap2...
alia:hehehehe gelak jht
aku:ye ye nk keluar la neh..lawa lawa


kuar je "okeh baju neh"...berkata begitu walaupun x try...hahahha

sbb mls nk try sbb leceh lak nk bukak tudung sbb aku pkai bawal lak ari tuh,,kalu tdong sarong tuh laju je aku try...

xde keje cari kerja

mcm salah arangge pic je aku neh...belasah jela...hahhahaa

nota kaki tgn kuku besi:

pokke pokke cptlah kau keluar dr (blkg almari)tempat persembunyian mu itu....boleh la aku beli mini cooper sebijik...bile calar cikit,leh aku mintk gnti rugi 60k..amcam ader sape-sape berani langgar tak


01 December 2010

update cpt


ader kisah sebalik gmbar neh......citernye minggu dpn...haha
mood : bosan duduk rumah....sengal xde duit nak kuar....makkkkk.....nkk duit....buat kerje dulu baru mak bg duit....kerja aper???itu kita tak tau yer

28 November 2010

examinotante

ini kisah semasa exam

woooo...first exam di universiti...cobaan cobaan..
dengan suasana dewan besar yang begitu besar setakat ini aku tengok kut..agak2 leh x aku wat wedding of the month kt dewan tuh...meriah gitu...lambang utem kt pentas tu tak yah buang..baru bersemangat sikit..ahh sudah la kau merepek lagi...permulaan peperiksaan agak menyenangkan dgn paper BENE(electronic analog) antara subjek yg aku suke..bak kata en sani nk jd enginner wireless neh kena lah terer subjek neh,barulah boleh jadi engineer..betoi2...

paper seterusnye membuatkan aku rasa tidak berapa yakin iaitu benm(digital system)carry mark utk benm cukup2 mkn je...hal ini telah membuatkan aku rasa x bersemangat utk study..padahal byk teori...cara aku menghafal di poli sudah tidak boleh diguna pakai di universiti..tak berkesan sudah...bent(electric circuit 2) pula sampai x tdo aku nyah smpai subuh..nk tdo jap bunyi dah alarm dorg neh..

akibat x tdo,pale pening nk jwb exam nth ape2 nth aku jawab..aku jwb mane yg mampu je..agak sedih bile kuar dewan sbb byk x dpt jwb..naseb baek ader org bg support..."xpe,awak dah cube sedaya upaya kan" =)

bawah ni pulak dewan besar utem...agak2 tokio hotel nk x buat konsert kalau aku panggil dorg dtg malaysia =)



ni la muke selepas menjawab paper bent tgk tu
agak merungsingkan bile teringat semula

sempat lg mkn nasi ayam gemas sebelom pergi campus menduduki paper math



dan paper last ialah matematik..jeng jeng jeng


muke selepas selesai paper math..paper last bg sem neh...tengok tuh muke kecewa ciket

blja math mesti adeer pensilo,kalculatorer and erasereo neh..eraser pinjam..hilang lak pulak...xmampu nyah nak beli baru..~_~




nota kaki:
aku ingtkan exam kt u neh straight la jgk..rupa2 nya xde la straight sgt,..ciap ader yg toleh belakang meniru siap boleh gelak2 lagi...adoiii kat poli pun lg straight kut...sakit tengkuk pon x brani nk pandang kanan kiri..apatah toleh belakang mcm student utem buat..xsemua la..hehehe..
so,gunakan bahasa isyarat anda dgn bijak..


tutup citer pasal exam..entry seterusnya pasal cuti sem la pulak....
result dh kuar..agak giler ye result aku...terlalu gempak sampai aku nk lempang diri sendiri jer dushh ambek kau ~_*

16 November 2010

~kesunyian melanda~



"xleh xleh..keselamatan kamu perlu diutamakan"

hahahhaa..amacam korg terharu x dgr ayat neh...???huhuhu

xde motif pun tulis semua neh..merepek mcm org giler je yg x giler sebenarnye

okeh ape-apa pun pada yg pulang ke kampung halaman utk menyambut hari raya aidiladha tahun ini :

berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang dan disayangi....
anda mampu mengubahnya

housemate ku sekalian,jgn lupe kuih raya dh masak lom...lomang2 mane..oden dah lapa neh...


"selamat hari raya aidiladha semua"


mood: padahal sedih tak dapat pulang beraya bersama keluarga tercinta akibat kekangan masa utk belajar...arggggghhhh tidak...raya di melaka????ape ader..jum berhari raya bersama saya di kolej kediaman utem bunga raya,bunga kebangsaan kita tuhhh..oh yeahhhhh

"homesick homesick"

"sick sick home home "

14 November 2010

kamu tuhh

he is the one who:

  • give me strength and support me when im fell down
  • always info me where he go,what he do
  • huse and wipe my tears when im cry
  • advise me when i make a mistakes
  • listen all my problem
  • see when but no say anything n just smile
  • support and encouraged me when i want to continue my stdy
  • always gelak-gelak mcm org giler+sengal = him not me
  • give me stok ubat to make sure i will get better everytime when im sick
  • call everymorning to make sure i wake up to subuh pray
  • scold me when im to lazy to wake up
  • always looking deep into my eyes..
  • always smile to make me happy
  • feed me when we eat n share food together...
  • make angry face but im no scared at all lahhh...
  • scared me with he big eyes...
  • grasp my waist when im not larat to walk....
  • bring my white bag =)
  • hold my purse,handphone yg sgt berat ituh
  • ask me any opnion when he want to do something
  • call me budak sengal everyday..geram grrrrrrr

rindu pulak dgn budak poyolables neh...seyes neh beb


its raining outside make me fell to sleep..^_^

im so grateful what i have today becoz i have you ^_^...i also have my family who loves me...mother that always worried about me,sibling that always help me...
n friend that always take care of me...
i luv u all muahhhh
dun wori budak poyo..i will be ur side everytime u need me as long i still breath in this world ~_^

sincere
putpanda

31 October 2010

gundah gulana

first of all aku ingin mengucapkan byk2 terima kasih kepada kawan-kawan yg besday masa besday aku yg ke 21 pada jumaat lepas...thanx sgt2 kepada aini,nadia,ain,asmah,maryam n juga fana buat suprise....xmkn lg corntoz tuh..huhuhu..tak juga pada kawan2 sekolah dan budak class DTK...aku syg korg semua...

contengcoretan aku ini bukanlah sebagai diari aku,aku cume mahu berkongsi pengalaman aku,hidup aku walaupun aku tahu tak semua org suka apa yang aku tulis..pada mulanya create this blog utk diary,arhh xleh bla aku neh nk tulis diary,ape kejadah nye xpenah2 tulis diary...put seyes plez,mood anda sekarang SEDIH,paham tak...

siapa-siapa yang kenal aku semua kata aku neh kira budak yg tak ada masalah..rilek je kalau ada masalh..iye ker..hehhe...betoi la tuh sebab jenis aku neh ader masalah xnk pkir tp bile masalah kecik aku suke pikir pulak...masalah besar xsuke pikir..itu aku

aku kuat terasa ke??????siapa kenal aku mesti dia tahu aku mcmane....mcm aku kalau benda tu simple aku xkan cepat terasa...setakat neh x sampai 5 kut aku betoi2 rasa terasa....so jd aku neh bukan jenis yg cepat touching..

aku selalu buat org menyampah kt aku ke????ini aku x pasti sebab org yg judge aku,bukan diri aku sendiri..rasa mcm dh byk buat salah kt org tp aku xtau nk mintak maaf mcmane...mungkin benda2 kecik yg aku buat kadang-membuatkan mereka tersentuh...mungkin????

aku kuat nangis ke????ya itu aku memang mengaku..walaupun seseorang itu dh pesan aku kene kuat,jgn nangis je tp kdang2 aku xleh nk than..rsa nye nangis neh normal bg seorang perempuan....senang je nk tau aku neh nangis atau tak...xleh nk nnyorok..kalau kantong mata aku besar semacam je,mata yg bulat jd sepit kadang2 sepit sebelah,tu maksudnya mlm tu aku menangis la...bak kata kawan aku kene geget kerenge...nangis 2 minit pun dh bengkak..mlm2 layan persaan nagis...

aku kuat majuk????normal kut..majuk utk diberi perhatian,kurang perhatian ke aku neh..huhu...susah jugak nk majuk neh sbb selalu majuk xde sape nk pujuk kan...jd nekad xnk majuk..tp certain kes kalau aku majuk tuh mknanya aku betoi2 terasa la dan hendak dipujuk..

aku rileks????? aku memang jenis rilek je...
nape aku ceriter pasal aku..x semestinya ape aku tulis ne 100% diri aku...mungkin hanya orang yg betoi2 memahami aku leh decribe aku neh jenis yg mcmane orgnya..

dh blur xtau nk tulis ape..

hati gundah gulana memikirkan masalah..sekarang neh xde sape nk dgr apa masalah aku..x mcm dulu2 ade org dgr..sekarang ada masalah aku suke simpan sorang2..mungkin itu yg terbaik utk masa sekarang....jd aku kena kuat....kadang2 aku terpikir jugak siapa lah aku neh....no cry no food la..
layan balik lagu neh...


The Reason"

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You

and the reason is You [x3]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

p/s: i hope u understand what i'm feeling right now...its okay if u dont understand but please dont make me hurt like this...



"

26 October 2010

~sign seal~

amboi-amboi skodeng nampak...yahoo.com.....ini benda wajib aku bukak setiap kali aku online...antara sebab-sebabnya ialah:

1)cek emel dr sesiapa yg nk hantar personal email dekat aku...(tak ada pun orang hantar emel kt aku pun) ^_^
2)baca notification dalam facebook tanpa membuka facebook
3)tempat dimana aku baca komen2 di fb yg xsempat aku nk baca tp dh dipadam oleh tukang pengomen...hehehehehe...i like!!
4)cek biasiswa bank rakyat yg smpai skrg xde dgr berita..hampeh+kuciwa
5)emel dr pa cik najmiah..itu amat penting ye bg saya...aduiii byk terpadam sudah
6)hantar report harian saya kepada bos saya ~_^ tunggu bos antar report yg tertangguh selama 4bulan neh)

tapi suatu hari tuh bila saya masuk yahoo id n pasword tibe2 kuar neh



oh noooo...ape pulak yang salah neh..blur sudah..last-last saya tekan"i can't access my account"..tup-tup tanya soalan la pulak..adoiiii soalan neh dibuat masa wat emel..leh pulak saya lupe..tersengeh jela masa tu..

setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku dpt jugak masuk...lepas tuh tukar baru...sign out semula,try sign in tp dia kuar benda yg sama mcm diatas...ayoooo penin aku...buat lagi perkara yg sama tukar pasword lg...5x jugak buat binatang neh..
masalah phising neh actually....last2 aku create sign-in seal...sign-in seal neh mcm satu hubungan antara laptop dgn yahoo dgn menggunakan tanda..tujuannya utk kenalpasti kita masuk kt genuine yahoo bukan nya phising site...Sekiranya seal kita berubah warna atau nampak pelik,maksudnya kita masuk dlm phising site tuh...yahoo memberi pilihan samada tulisan(word) ataupun picture..so kita boleh pilih mcm bwh neh

aku ambek kaler pink sbb nampak comei la pulak walaupun aku minat purple...hehehe

jeng jeng jeng jadilah seal aku neh..terbaik la dr ladang


note:model yahoo di atas neh nampak encem la pulak..hehehe ^_^
mood:tukar seal setiap minggu..saje hobi ^_^

25 October 2010

food hunter or hantu..

lapa-lapa...duit semakin kering ..tapi nafsu makan semakin tinggi..pada mula nya nk mkn kt kedai nasi ayam gemas...terbayang2 ayam bhagian dada favourite aku..tengok punye tengok,kedai ayam gemas itu tutup lah pulak....operasi hunting food bermula,lokasi pertama,mydin mitc..buat apa yer kami berada di mydin????duit pt tak ada okeh untukku membeli brg2...actually,lokasi bank islam terdekat di mydin tuh je..rasanye la...xtau la pulak kat bukit beruang neh ader bank islam..huhuuhu...gps xleh pkai,lama x update..huhu..pkai gps aini je...huhuhu.

masuk mydin jumpe neh
1 malaysia

kenapa ader ye???depavali kan nk dekat...huhu..so benda neh ader dipintu masuk mydin mengalu-alukan pembeli dtg ke mydin utk menghabisan duit..hehehe
lokasi didalm mydin ialah mesin atm...duit sudah tiada..minggu ni aku agak boros yer...mane nth duit,mcm air je laju je abes...kuar 20rgt sudah,kalau kuar 50rgt cpt je abes nnt..

lokasi seterusnya,kedai ayam penyek...first expression..woww interesting...restaurant yg dipenuhi dgn buluh..meja yg dilapik dengan kain batik indonesia...terasa seperti di indonesia ya..i like!!!!....dengan alunan muzik indonesia...tiba-tiba

"ya,boleh ngak saya ambek ordernya"
"nasi putih 4,ayam penyek 4,soto 2 dan 1set nasi ayam peyek ye..."
"air nya mahu apa?"
"manggo satu"
"manggo ni hanya kordial nya saja,bukan original..hanya original yang ada cuuma tembikai sama laici saja.."
"cmtu nak tembikai lah "
"baik"
"terima kasih ya" (sengal lg disitu)

beberapa saat kemudian..

"maaf ya,tembikai nya sudah habis semua"
"urmm ngak apa-apa lah...saya mahu laici saja ya"(bes pulak ckp indonesia dgn org ambek order neh)

(perbualan dipendekkan sebab aku lupe skrip la)hehehe


peace V walaupun lapa tetap maintain

tergelak sudah ^_^



ayam penyek bersama nasi uduk..xlupe sambal yg terbaik dr ladang =p

set nasi ayam penyek bersama nasi uduk,tauhu dan tempe


soto pun sedap jugak....rasa pelik makan soto ader telur rebus..selalu dlm mee rebus mee kari atau laksa je...
kicap dia pun bes gak,manis2..nth la kicap ape...belasah je...sambal kaler merah xbrani cuba sbb nampak mcm pedas giler je dgn baunya yg kuat ~_~

note:jumlah utk hari itu=Rm11.00 sekali air

23 October 2010

50 bloggers diperlukan

semasa berjalan-jalan bersiar-siar diblog-blog org lain tiba-tiba aku terjumpe lah satu banner neh,tertulis 10 petanda itu....tgk banner tu mcm pelik je..hehehe...membuatkan aku tertanya-tanya...10 petanda ape tuh...lantas aku pun laju meng'klik'banner keluarlah satu blog 100penulis
aduiii 100penulispulak..ape ke benda nth lah....perasaan ingin tahu membuak-buak neh..aku pun rajin membaca...ooooo barulah aku tahu...blog100penulisneh merupakan blog dimana ramai blogger2 berkumpul ataupun berhubung dalam satu blog...paham ke pun apa aku ckp neh...bagi blogger setahun durian mcm aku neh,ini lah peluang untuk mencari kenalan baru untuk berkongsi pendapat,pandangan dan nasihat(bukan kata seerti ke ketiga-tiga neh)hehehe..belasah je...huhuhu..selain itu juga 100penulis ni juga tempat dimana kita boleh berbincang isu-isu semasa,memperkenalkan produk,promosi blog dan mcm-mcm lagi la...syokk wooo...mesti best kan ader rakan-rakan yang sudi membaca blog kita walau panjang mana pun entry yg kita buat...bagi aku,aku suke org membaca sambil tersengeh dgn apa yg aku contengkan...huhuuhu...oleh yang demikian aku pun ingin menjadi sebahagian daripada komuniti blog 100penulisni...mane la tau,aku neh student utem,kut2 ramai je blogger yg blja kt utem..Kalau kenai mesti tegur kt utem neh...kan boleh tambah kenalan sambil mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita gitu..wahhhhh...wahhh nk pergi gathering bloggers neh..membara-bara neh disebabkan cuti semester makin hampir..huhuhuhu.. ape tunggu lagi moh la kita terjah blog 100penulis ....

unintended

"I'll be there as soon as I can"
"But I'm busy mending...."

tiba-tiba teringat lagu neh..lagu kegemaran aku muse unintended

aku mencari lagu muse neh dalam laptop...dah lama ada lagu neh,tapi x pasti masih ade atau tak...cari punya cari dengan harapan aku tak buang lagi lagu tu....kali petama cari mcm agak kecewa la sbb tak jumpa..kali ke-3 cari barulah jumpe...oh yeahhh..agak gumbira lagu itu masih ada...

"I'll be there as soon as I can" lalallalalala

(hrap maklum la yer,dlm lirik xde lalalala neh,,extra je neh)
unintended???what that means???g cri kt goggle translate...mesti pening la kalau gune bende alah translate kt atok google tuh..nk pham kene pkir tersirat n tersurat...

muse unintended

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you

20 October 2010

saya ini hari

hari neh saya tukar kad bimb yg baru...dr kuning menjadi merah..byk pulak proses nk tukar kad baru neh...hari ini saya ponteng class tech com..huhuu..masuk 5 minit je,pastu lari...mak jgn mrh angah yer...hari ini kami bergambar dgn budak class sebelom masuk class....hari ni saya nmpk bende pelik di awan berbentuk seperti ulat gongok..ianya besar...saya raa ufo la ~_~ hari ini air di toilet fkekk tersekat-sekat,mcm xnk keluar je..hari ni ader ibu yg melahirkan anak di pintu pagar utem(agak-agak baby boy ke gurl yer)student ke lec yer..huhuhu...mangsa tidak dapat dikenalpasti kerana kereta telah ditutup dgn kain utk mengelakkan org ramai mengintai hahahha....semoga anak itu sihat dan bakal menjadi warga utem suatu ari nanti...hari ini saya amat menagntuk dlm class sehingga encik mazran ajar saya x paham ape...hari ini saya pergi mcd dgn nadia,fana n aini...selepas itu kami masuk melaka mall...dlm melaka mall kami pergi giant...hari ini saya beli shampoo sbb shampoo saya dh abes...hari ini bateri ciber n zizek mati abes,jd saya x mesej sgt ari ini.....hari ini saya praktis silat sbb esok saya ader penilaian..hari ini saya makan bihun tomyam sbb saya lapa..hari ini saya tdo lambat sbb saya rasa skrg mcm pg lg,padahal sudah pukul 2.09 pg...hari ini ader jerebu di melaka..sesak nafas la jerebu neh....hari ini saya memandu dan hnya dpt melihat pandangan 500meter sahaja..jap nk ukur guna pembaris....saya x sempat nk brek sebelom garisan putih di trafic light,maafkan saya pakcik jpj atau polis kerana keadaan tidak mengizinkan saya berhenti sebelom grisan putih sbb saya x sempat nk brek la....hari ini kereta nadia berbunyi krek krek krek dityar,kenapa eh...hari ini saya pakai baju sama kaler ngn en faiz,saya tgk en faiz nmpk jambu bile dia pkai baju pink...hahahahahahaha..hari ini saya hari in saya hari ini saya hari ini saya...hari ini saya xtau kenapa byk sgt saya hari ini saya dlm entry hari ini saya..


aktiviti sebelom masuk class


muke ape nth la..


jerebu oh jerubu..udara tak sihat hari ini

trafic light merah...

mkn lah mee sedap utk kesdapan minima


peace ^_^

17 October 2010

ketika itu....

beberapa minit yang lalu.......................




pandangan dari tepi(kiri)



pandangan dari atas

pandangan dari tepi (kanan)

jantina laptop neh boy...jadi ianya amatlah ganas sehingga boleh bersenam dan berpusing 180 degree walaupun ianya sudah dihadkan hanya boleh berpusing 90 degree sahaja....sungguh degil n hyper active laptop jantan aku neh ^_^

14 October 2010

senang je uspizza123

hah..ape yg senang je uspizza123 tuh?????....bg seorang student wireless mesti tahu uspizza123 tu ape...hahaha(unsur kepoyoan disitu ye..) padahal diri sendiri xtau pun...hahahhahahaha.....
lokasi kami serumah pada malam itu ialah us pizza...setakat neh aku x jumpe lg us pizza neh kt kl...menurut housemate aku maryam,us pizza ni ada di melaka dan penang je...tak tau lah betoi atau x...betoi la tu kut..kalau x caya g tnye atok google tuh hah...atok goggle kan baik hati,mesti dia bagitau punye lah..huhuhu
opsss dh lari la pulak dr lndasan jln raya(jln raya ader landasan ke?)mcm s**g*l je ayat aku neh...ampun yeh...

"dik,pasword wireless cini ape eh???"
"senang je,uspizza123"

adik neh ciap buat muke cute gitu sambil memegang spageti yg dihantar kemeja kami...lepas budak tu hntar mknan kami semua mengajuk la semula ape adik tu kata..."senang je uspizza123" kenapa yer..itu kita xtahu yer...huhuhu...ayat yg selalu disebut2 oleh ain chanhehehe
mkn punye makan la....setiap seorang order spageti pastu kteorg tukar2 rasa maisng-masing..tu la keje kami..pinggan kompem terbang la dri utara ke selatan...hahahhahaha..


pizza sebelom dimakan


pizza setelah dimakan separuh


ni nama pizza dia lupe tp tuna pizza...perghhh ayat terabur giler la...biasa lah bm A1 time spm...hahahahaha....satu lagi pizza tomyam pizza....

"urmmmmm dap ehhhh.....pasti tak menyesal"

tu la yg dikatakan leh nadia semasa dia mkn pizza tomyam tuh....kenapa???itu kita tak tau yer...oleh yg demikian,slogan bg pizza toyam tu ialah:

"pasti tak menyesal"

manakala slogan bagi piza tuna pula ialah:

"boleh tahan la"

aku pulak tau mkn je..belasah je ape ader dpn mata..huhuhu....2 pizza large(tomyam dan tuna),set air 2 jug utk 8 org....tu la kami order...setiap sorg mkn spageti....kira-kira budget mlm tu under 20ringit la...setelah dicampur ditolak didarab dan bahagi dgn goverment charge n servis charge(adik yg peramah) total mkn mlm tu RM165 something mcm tu..lupe sudah....

pizza us neh sedap,cube la rasa....mesti rsa tomyam tuh..pasti tak menyesal punye la....so,bg sesiapa nk rasa dtg la ke melaka atau penang....dan nk murah dtg ari selasa yer...ader discount..huhuhu..kami pergi pon hari selasa..hehehehe...

mood: rindu dia ^_^

13 October 2010

detik-detik bersama dia

sebagai seorang yg amat memahami si dia..(memahami ke??) itu kena lah tnye pd si dia...disebabkan si dia minat sangat dengan moto gp,aku telah membuat keputusan utk menemankan dia...dh org ajak,belasah je..huhuhu...dalam hati pkir gak,minat ke aku ngn moto gp neh...disebabkan xtau minat ke x,aku pun ikutlah si dia...10.10.10 merupakan hari atau chapter seterusnye dlm hidup aku sekarang...chapter2 sebelom neh x sempat nk update ye akibat bz thap kritikal..hehehe..

>tiket-tikot



rosi pkweku terchenta..hehehe


"nak duduk mane neh awk???sini ke sana???
"ntah,mane2 pon x kisah
"awk duk cini jap saya g tgk ader tv v belah sana..
"hah,kene duk sorg2 ke....nk ikot boleh" (dlm nada manje)manje keh..ahakz
"yelah2,nk ikut jum la"


tidak dinafikan aku ni tidak boleh ditinggalkan keseorangan..mungkin sudah biasa dgn ditemani...nampak sgt ko neh x independent lgsung ye cik put..kah kah kah...abaikan(ayat yg dia selalu sebut bile ader problem)i like!!!

"okeh,xde tv,xbes xdpt tgk semua.,jum duk kt grand stand..."
"okeh bos"(bos=kadang2 aku jd bos,kdang2 dia jd bos"abes tu sape nk jd pekerja neh)


awal pulak sampai..dlm hati terpikir ape la yg bes sgt tgk moto gp neh..kalau kt rumah tu,moto gp neh bukak je,org nye semua tdo...awl kesampaian kami(ayat bm gred 8 neh) mungkin muke aku neh nampk la keboringan nye.

"awk neh nape...mcm boring je"
"xde la....ngtuk kut"
(ayat cover sbb xtau nk ckp ape)

bile nk start neh(ckp dlm hati).....muke excited giler bile nampak rossi senyum sampai kt telinge dgn muke comei dia tuh,....sekali pandang mcm si suhaimi la pulak..cute2 gitu..huhuhu...drpd muke kebosanan menunggu td terus segar bugar setelah rosi senyum..hahhaha(jgn mrh ye s*g)...kamu lg comei dr rossi tu...percayalah...(ayat poyo)hehehehe..

disebabkan aku xtau ape pasal moto gp neh, si dia memnerangkan kt aku...penat jgk dia mengajar aku...naseb baik aku pham..hahah...kalau x pham pon aku akan buat2 paham la...jaga hati punye pasal,,,kecian pulak dia nk explain semula...jht toi aku..hehehehe....baru lah aku pham moto gp tu ape n terasa excited nk tgk tmbah2 ader si rossi yg comei itu..hehehehe...

suke melihat si dia excited n teruja melihat race moto gp...semestinye dia menyokong rossi...dlm diam2 aku memandang si dia tnpa disedari..kalau dia sedar blush* la muke dia tuh..pastu mule la wat peace dia tu sambil tutup mata sebelah..hahahahahha...

mood:hepi dapat teman dia tengok apa yang dia minat...^_^

"mane bus kamu neh"
"nth la..huhu"


kesian melihat si dia kepenatan walaupun telah menelan 2 biji panadol...bus yg dijadualkan tidak muncul2...org ramai yg menaiki bus yg sama mula kelam-kabut...tp aku,rilek sebab ada dia disebelah...hehehhe...sambil tunggu bus di platform yg sepatutnye,kami berdua duduk la sekejap..penat betoi ari neh sampai aku terlentok di lutut aku sendiri disebabkan mengantuk..tiba-tiba terasa ada seseorang memegang kepalaku dengan lembut dan meletakkan nye di lututnye ^_^ org ramai bising2 dgn riuh rendah bus dgn bunyi hon bus tp aku tidur lena...sekurang-kurangnya dpt juga aku merehatkan kepala ku yg pening ini...

27 September 2010

perasaan ini



dgn ini saya merasakan saya tidak suke akan perasan yg dialami skrg..sungguh lah penat,penin n laen2 lg..sape2 rasa leh selamatkan saya dr semua ini...tolongggg laaaaaaa....

13 September 2010

65% je raya neh

kecoh di muka buku pasal raya raya n raya....tahun ni family kami x bergambar pulak utk raya..hal ini disebabkan oleh kesibukan org rmai berkunjung ke rumah dimana setiap kali kami ingin bergmbr ader org memberi salam....salah2..tahun ni opah balik kh..oh yeahhh....so rmai lah sedara mara yang dtg utk menziarahi opahku yg lama x balik kg...dr hari raya kedua sampai skrg x putus2 org dtg ke rumah....agak keletihan disitu yerk membantu di dapor..tetapi sesi bergmbr bersama family aku di hari raya ini kan dipostpone kan pada hari laen..huhuhu..tetapi yg pastinye sebelum aku blk ke melaka...raya tahun ni agak2 65% je aku rasa...tahun lepas byk sikit la peratusnye ader la dlm 75%...>baju kasut yg dibeli xpkai lagi...mak!!!!bile nk pkai neh...

mood: xhepi lorhhh

22 August 2010

juru pam atau juru tayar neh???

okeh ari ini kita belajar cara-cara untuk mengisi angin pada tayar kereta okeh...bukan buang angin pd tayar kereta..kalau rasa2 kereta korg terjengket atau senget sebelah ,cuba la membuang angin hnya pada dua tayar disebelah kanan atau kiri...mungkin akan menjadi ikutan masa kini nanti agaknye...

1)mule-mule pegang hos tu..disebabkan hos tu byk sgt org pegang kan sebelom ni pastikan anda semua memakai sabun pencuci tgn life bouy yg mcm iklan tu "sabun kamu tu lembab ke ape"hahahahaha

2)tetapkan nilai(nilai ke?)lupe la nombor kut..bagi kereta 200 dh cukup kut....tekanan angin yg diperlukan..lupe lak dulu budak fizik...

3)tarik benda alah tuh hingga smapai pd tayar..jaga2 kaki anda supaya tidak terbelit ye susah nnt,anda pulak yg kene masuk angin kt hospital nnt...

4)buka penutup tayr anda yg kecik molek tuh(bewarna hitam tu)tp kereta aku yg akan muncul pd masa akan dtg berplat PUT 89 punye penutup colour purple la...hahahhaha...smart gitu wahhh..

5)masukkan tepat ke dlm lubang yg disediakan(jgn pkir bukan2 pulak)..pastikan rapat kemudian tekan kuat2 sehingga bunyi angin masuk ke dlm tyar...

6)tungggu sehingga bunyi beep yg berulang..bukan bunyi mesej masuk ye kwn2....smpn hp dlm poket nnt tetinggal di tmpt kejadian kn susah,,hahaha

7)setelah berbunyi beep lepaskan dengan perlahan...kemudian tutupkan balik dgn penutup yg ditanggalkan td..xkn la nk biarkan ianya x bertutup kan..huhuhu..cian tyar tuh.huhu


put: wat ape tu nadia???
nad:penutup jatuh masuk dlm tyar la.....

maka bermula operasi juru tayar n pam ini utk mendapatkan semula penutup yg terperangkap di dlm tyar tersebut...pelbagai usaha telah dilakukan dgn berbagai2 posisi...lihat saje aksi mereka dgn jari jemari yg kecik itu


tgk tu....gmbr bwh pd jrak dekat :p

org sekeliling hnya memerhatikan sahaja tnpa memberikan sebarang bantuan..dorg ingt keteorg neh pam tyar lori ke lama2..hahahahaha...akhirnya penutup itu dpt diselamatkan dgn menggunakan kaedah reverse kereta secara perlahan-lahaan,,idea ini lmbt pulak nk sampai..so 20 minit jugak la nadia n fana neh bersungguh2 mendapatkan kembali penutup angin itu...huhuhuhu


motif ari ini:pastikan anda meletak penutup angin tayar di tempat yg selamat..tp kalau x tutup ader ape2 kesan x...mau menangis aku klu penutup purple PUT 89 hilang neh... ^_^

19 August 2010

karipap besar punye


rasa teruja pulak pergi bazar ramadhan dkt melaka sentral...mcm2 juadah ader...yg paling menarik perhatian aku karipap king kt bazar dkt2 dgn melaka sentral..mungkin aku x pernah tgk kt perak,sgt la besar dgn harga 3ringgit satu,mkn satu pon dh kenyang kut..tp x beli pon,saje tgk bende baru...so aku panggil karipap king...kt bazar melaka sentral ni pon ader bangi..bukan bangi kt selangor tu ye..nasi ayam bangi..jalan mesti sesak bile lalu gerai tu,so kami menggunakan jln shortcut iaitu jln blkg gerai2..hahahahaha
mood: masih menyesuaikan diri dgn kehidupan di melaka...hrap2 semua berjalan lncar...huhuhuhu...lama x pergi a famosa,last pergi masa sekolah rendah..ikut rombongan..huhu

12 August 2010

dugaan water cooler

hari kedua puasa...(rasa mcm x puase pon)

aku :water cooler!!!!lupe bwk botol kosong
aini : tersengeh...

susah betoi nk jumpe binatang neh kt cini...kt poli jugak yg best n sejok thap mksima ^_^

08 July 2010

hEader baRuuu

credit to bro fahmi samuni.....akhirnya blog aku ber'header' baru neh..kalau sape2 yg selalu bukak blog aku ni mesti perasaan header aku kejap ader kejap xde sebab x puas hati dgn kerja tgn sendiri...lagi satu cs3 lptop aku slow sgt bile bukak,tu yg membuatkan aku mls nk buat sendiri,atau kata lain disini aku ni malas,hehehehe....oleh yg demikian aku telah meminta pertolongan dari bro Fahmi samuni....dia skrg sedang sibuk agaknye menguruskan hal2 blog(blog dia ader bear besar,klu nk g tgk blog dia tuh) dan blog bisnesnye Aifah Collection(kalau mata korg nk kelihatan lebih besar drpd biasa bg mata sape yg kecik tu aku nasihatkan masuk blog ni,hahahhaha)....wlaupon dia sedang bz aku tetap mengacau dia utk buat header aku...hahahahha....jht x aku..hehehehe...

hobi wktu ini: skrg aku ader ank murid baru..hafizi namanye...aku skrg jd cikgu facebook nye mrgkap awex dia..hahahahha...

04 June 2010

~baik punya~




remy : psst psst...td aku jln cuci mata,aku nmpak something baik punye
rudy :yeke...kt mane ko nmpak....ko pasti ke baik punye
remy :yela....scra tak sengaja aku lalu satu tempat tu ternampak....kt citu ader lampu isyarat tp
aku langgar je...ape aku peduli...ni aku balik nk gtau kau dan kwn2 yg lain la...
rudy :kau gtau la kt kwn2 yg lain jum kita srebu beramai2...area mane wei remy...kau
tunjukkan lah kat aku..kalau aku sorg yg dpt okeh jugak..
remy :sabar2 la wei...rilek2....kita ajak kwn2 la..kau ni gelojoh betoi laaa...

si rudy bersama2 remy berjumpa lah dgn kwn2 dorg yang lain...agak boleh tahan la kwn2 yg dipanggil mereka....mereka beramai2 pergila ditmpat yg dicakapkan..

rudy : remy cptla cptla angkat....
remy :berat la kau tau x....kwn2 jum ramai2 kita angkat..pastu kita semua bawak blk umh

kwn2 yg lain"jum....satu dua tiga.....angkat....berat betoi laaa dia nie"

rudy : berat pun aku sanggup angkat tau tak
remy :yela yela...sikit lg nk sampai umh nie....korg semua sabar okeh....
rudy :rodblock la remy kt dpn...cmner nie..agak2 kantoi tak ni...abes la kita semua kena tahan..
remy :rilex2 aku tau ape nk buat....aku kenai dia tu....

setelah agak lama sampailah mereka semua dilokasi atau lebih dikenali sebagai port mereka...ape lagi dorg pun ramai2 geget dgn sepenuh hati dan mkn puas2....rasa2nya boleh sebulan than kekenyangan dorg tue....


rudy :eiii remy,agak2 kau tuan punya toblerone ni perasan x kita semua curi coklat dia ni
remy :aku rasa tak kut sbb masa aku usha line td dia ngan kwn dia tgh tido.....tu la sape suruh
letak coklat merata-rata..kan dah kena rembat ngan kita semua...kita kan semut..kita kan kecik..mesti dia xnmpak ape kita buat

moral of this story : kalau beli coklat pastikan anda menyimpan coklat yg sudah dibuka ditempat selamat.
ader soalan nie:toblerone yg besar tu leh ke semut angkt..agak2 semut2 gune kaedah ape yerk angkt coklat @_@

28 May 2010

modem oh modem

uwaaaaaa..naseb mcm x baik je ari ni.....ari ni bgn lewat biase le public holiday, tp aku bukan nye blja ke keje pon...fresh graduate neh wei....tp result xdpt lg...insyAllah bulan 1o aku konvo la utk diploma 3taun nie....

chop chop bukan nk ckp pasal konvo or stdy or keje tp nk cter something happen ari ni....

first.aku bgun pg2 modem wireless xnyala lak lampu..nk kata kena kilat xder la pulak...mcm2 aku buat,tukar kabel telefon la..reset modem la...agak2 mcm kelamaan je aku pkir2 xleh jugak,tiba2 teringt lak nk cek line tepon ok x....hahaha...yg klaka ye line tepon xmasuk,mane la streamyx nk ader nye....okeh..perhatian kpd semua,jdkn iktibar..laen kali cek dulu line tepon tu...klu tepon rosak mane la nk boleh sambung streamyx wei...jgn jd mcm aku...tutup cter pg


tghri lak...aku buat rept kt tm operator popuan angkat...nape bkn lelaki..heheh..(ada unsur kegatalan di situ)seperti biasa la aku ni kira org pling rjin kut tepon tm klu ade prob..bil hilang pon aku tepon tm.btapa setianya aku kt tm,hnya tm je yg tau.tmbh2 lg operator laki angkt...hahahah..tp td popuan angkt...dush!!!
disbbkn aku x pham sgt akak operator tu ckp aku pon iye2 kn jela ape dia ckp


ptg pulak aku cube tepon lg tp pkai no adik aku....pe lagi menyamar jela...klu aku yg tepon gune tepon yg sama mesti malu beb.so myamar jd adik aku....
perghh sporting wei operator tu...ciap gelak2 ngn aku lg..baru la aku pham ape yg di ckp dr akak mula2 tue.....

abes citer...sje je nk gtau aku suke klu operator laki yg angkt sbb lg pham....hahaha...agak kepoyoaan disitu.....

klu akak tm tu mrh sya maaf la akak yer..sbb akak ckp laju sgt saya pon xpham..keh3x........
cpt2 le techinician dtg cek kt server leh aku on9 mlm ni menghabeskan sisa2 internet kt umh sblm g ipoh.kahahahahahahahahahhahahahhahahah



note:nk ngorat ang tm leh x??? :p

25 May 2010

attack!!!


tarikh: 10 mei 2010
tempat serangan:dpn masjid putra
masa:3.30pm
photographer : nadia with johny (DSLR A300)


aku n nab duk lepak berdua smbil nad take our pic with johny ksyganya....
perhatikan awex blkg kami si baju kuning..hehe



serangan hendap breakdance boy n budak lolipop(muka x berslh)..tp kami berdua still cool...awex baju kuning tu ade lg...


rumput yg ade kuasa pd sape yg berdiri akan melompat dgn sendirinye..awex bju kuning dr blkg pentas berpindah kehadpn pentas..kami berdua still cool rite..hahaha..ohhh no ader awex berbaju pink diblkg memerhati gelagat mereka dgn perasaan xpuas ati..huhu


muncul jejaka2 yg smart2..hehe..jejaka si baju putih dan awex berbaju kuning membuatkan kami ketakutan...si jejaka berbaju hitam diblkg memandang ketmpt kejadian dgn penuh bergaya..awex berbaju pink hnya memerhatikan dr jauh wlaupun aku dh mintak pertolongan..help!help! komeng ar2x


ohhh tidakkkk!!!!!!serangan bertubi-tubi dr pihak musuh..nmpknya kami berdua dlm bahaya...tetapi org sekeliling memerhati tnpa peduli...


shamil gumbira sbb plan misi serang hendap dia menjadi....


dtg 3 org ahli SWAT menyelamatkan kami...bantuan dr cik syeriy, mior n zik


akibat dr terselamt, kami pulak melakukan serangan terhadap diri sendiri..


cik syeriey panggil ikut ke balai utk melaporkan kejadian serangan yg baru berlaku td...tp tidak diendahkan oleh mangsa kejadian...

sekian...



note:cerita ini tidak benar sama sekali dan tiada kaitan dgn rumput ataupun pokok2 diblkg ttp ianya ader kaitan ngn kami semua.... tenkui pd photographer nad =)