Followers

add your link here ^_^

16 July 2012

Menjadi yang Terbaik

Menjadi yang terbaik memang susah, tetapi cuba lah untuk menjadi insan yang terbaik dimata-Nya.. Menjadi yang terbaik untuk-Nya, Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita suatu hari nanti.  Walaupun bukan dalam masa yang terdekat, mungkin juga dalam jangka masa yang amat lama,  namun yakinlah bahawa sesungguhnya Allah memahami dan tidak akan membiarkan kita namun kita perlulah  sentiasa mengingati-Nya.  Sentiasa berdoa kepada-Nya, sentiasa memohon petunjuk-Nya, sentiasa meminta pertolongan dari-Nya, bukan dari siapa-siapa, bukan dari kalangan manusia kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk kita.  

Apabila Allah telah memutuskan sesuatu bagi kita, terima lah dengan redha, jangan sesekali menyangkalnya walaupun sesusah mana kamu berusaha, namun yakin lah bahawa Allah amat sayangkan kita dan mungkin ada hikmah disebaliknya.  Setiap masalah yang datang, hadapilah dengan sabar.  Jangan biarkan nafsu amarah menghantui diri kita.Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa berada disisi kita, jangan sesekali mendurhakai-Nya dan jangan pula kita angkuh dan alpa dengan hidup didunia yang hanya sementara sahaja. 
Aku ingin menjadi yang terbaik untukmu.  


Cintaku  terhadap ilahi melebihi  dari segalanya, dan aku yakin apabila cinta kita terhadap Ilahi melebihi dari segalanya, pasti Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita. Langkah demi langkah daku cuba untuk mengubah diri, berubah untuk menjadi yang terbaik, berubah untuk mendekatkan diri kepada-Nya, berubah untuk melawan desakan duniawi, berubah untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku, berubah untuk segalanya.  Untuk melakukan semua itu,aku memerlukan sokongan mu, dorongan yang disertai dengan izin Allah untuku menjadi insan yang terbaik.  Itulah yang ingin aku lakukan buat masa ni, walaupun banyak dugaan yang mungkin aku terima.  Namun, aku yakin Allah sentiasa ada disisi.  Ya Allah permudahkan urusanku. Amin...


Alhamdullilah ^_^

Rahsia Allah swt adalah sesuatu yang amat indah selagi kita percaya Allah memberikan kita yang terbaik..insyaAllah segalanya akan membawa nikmat yang tak ternilai...