Followers

add your link here ^_^

14 June 2011

Ambrosia pizza free for informer




MELAKA: Sekumpulan pencuri telah melarikan 20 buah roda besi padu yang digunakan sebagai topang untuk meriam zaman Portugis di Bukit St John dekat Bandar Hilir di sini.
Pengerusi Jawatankauasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunus Rahmat bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang kecurian tersebut.
Setiap buah meriam itu mempunyai berat antara 500 kilogram (kg) hingga 600kg.

"Ini merupakan satu kerugian yang besar dan pencuri harus ditangkap.

"Kejadian sebegini di mana artifak yang berat dicuri adalah pertama kalinya berlaku," katanya selepas melawat tempat kejadian, Rabu.

Menurut beliau, roda-roda tersebut diperbuat daripada besi tuang dan sebahagian daripadanya telah dihasilkan semula pada tahun 1980-an untuk menggantikan roda asli yang telah rosak.
Lima buah meriam itu digunakan Portugis untuk menentang serangan dari arah laut dan darat pada tahun 1500-an.

Md Yunus memberitahu, kecurian itu disedari oleh pekerja penyelenggaraan kira-kira pukul 8 pagi.
Pekerja itu kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang kemudiannya memaklumkannya kepada pejabat Ketua Menteri.
Md yunus mengatakan roda tersebut mungkin dicuri pada malam Selasa kerana pekerja penyelenggaraan masih melihatnya pada waktu pagi hari yang sama.

"Kecurian ini mungkin dilakukan oleh pencuri besi buruk namun ia masih tidak boleh dipastikan.

"Kami akan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan penyiasatan," tambahnya lagi.

Beliau memberitahu Jabatan Warisan Negara akan membuat satu laporan polis pada Khamis.
Md Yunus menambah bahawa kerajaan negeri akan mengarahkan jabatan tersebut untuk menempatkan pengawal keselamatan di Bukit St John's.

Beliau menambah bahawa kawalan keselamatan di kawasan Bukit St Paul itu perlu diberi keutamaan.
Beberapa anggota polis dilihat mengepung kawasan Bukit St John dan mengambil keterangan beberapa orang pekerja penyelengaraan untuk menjalankan siasatan.

tak patut betul lah roda pun nk curi....dh lah meriam neh tinggalan sejarah...nanti apa kita nk tunjuk pada anak cucu dan generasi akan datang???merian tnpa roda???mcm x menarik je nk tunjuk kan..usaha mencari masih lagi diteruskan...

restoran the ambrosia yg terletak di melaka raya menawarkan hidangan yg menarik di restoranya kepada sesiapa yg mempunyai maklumat mengenai pencurian ini..so korang nk mkn Ambrosia’s Special Pizza(must try) pastikan anda mempunyai maklumat,jgn dtg saja jer..dtg saje mkn berbayar lah...owner Ambrosia neh merupakan keturunan portugis,tuh yg dia sedih bila roda meriam hilang(patut lah...so dia akan hidangkan mknan best2 pd pemberi maklumat...




notakaki: kempunan mkn piza hut..bila lah agaknya nk pergi mkn T_T