Followers

add your link here ^_^

13 June 2011

kl gangster vs putpanda




Sinopsis KL Gangster
 Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

pjg sgt pulak sinopsis neh, nak lebih tahu kena lah tgk KL GANGSTER ini..now jom dgr pndpt putpanda mengenai cerita ini..
jalan cerita yg menarik tp laju sgt cerita ni,hehehe...kl gangster ada moral and pengajaran..so ada unsur nasihat disitu yer...jgn lah jd gangster,burok benor rupanya..nasib baik lah Aaron aziz hensem, tgk dia dlm cerita neh, lembut je mata memandang walaupun gangster tp dh jd baik lah,cuci tgn org ckp...mail lambong pun ada tau watak dia kejap kejap je ada..ada lah unsur lawak disitu kan...cuma satu je aku pelik dlm cerita neh,kenapa shark(syamsul) nk ckp sleng cina dlm neh pdahal gangster melayu...klu corie tuh yelah sbb dia cina.. 


After selesai tgk muvie kena la tgkap picture ciket..

 aleya(rayuan tgk kl gangster diterima..suka ko yerk)

 and  the last pic..jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hohoho..putpanda with po...tgk je kl gangster tp cari kungfu panda ~_^
sorg kwn putpanda ckp dia kata x suke kalau melayu jd gangster dlm dunia realiti..so harap-harap tak ada lah yg kat luar tu bercita-cita nak jadi gangster,jadi je ketua gangster senang hahahha...walaupun muke ganas tp hati kuit ^_^ 
kalaulah putpanda jd gangster,jgn terkejot pulak n org pertama yg akan putpanda belasah ialah ............. jeng jeng jeng..So ada bran ke nk cari pasal.meh ar cini,xpuas hati dtg sini,satu lawan satu ^_^
apa pun tak boleh!

notakaki: mood skip class 2 ari...OSHA OSHA naseb baek 2ari jer tau..x rugi ponteng...hang out with family lah best...after wayang bonda blnja mcd..huhuhu...bonda bz dgn hal society,kami 2beradik tgk muvee..kan best anis ada...miss u anis comei..nanti angah dtg melawat kamu di sana kalau ada sponsor^_^

download ost kl gangster TAKHTA kt sini ^_^