Followers

add your link here ^_^

23 July 2012

ini serius

Wah wah wah..jum hari ni kita citer pasal isu yang aku alami sekarang.  Banyak sebenarnya masalah aku sekarang, ada kau kisah.  Seyes banyak masalah aku ni kalau tak caya tengok kening pun dah tau aku ada banyak problem.  Problem bukan sekadar problem okey!! Serious problem aku rasa dan aku memang tak suka problem ni, tapi nak buat macamana, kalau dah datang kan..arghhhhh stresss
korang ada mata,  for sure lah kan semua orang ada mata.  Tapi mata korg macam panda mcm mata aku tak???
missing someone 
Ce jawab please ar jawab please.  Sengal punya soalan kan? 

Actually problem yang aku hadapi ni agak lama, ada lah dalam 24tahun kih3x.  Seriously sampai aku dah tak tahu how to reduce the dark circle kat mata aku ni. Sometime aku biarkan saja, dengan harapan dark circle tuh akan hilang dengan sendirinya hahhaa. Kau ingat senang  boleh hilang macamtuh je, nak kata lebih tidor, aku dah cukup-cukup tidur pun still  sama jugak.  Nak kata lebih tidor ke? Rasa macam sedang2 je tidur aku.  Tidur tak tidur pun sama je, tak ada effect jugak.

At last aku nekad nak cari produk hilangkan eye dark circle ni, aku beli garnier brightening light roll-on untuk kali yang kedua. Okay aku mention lagi "kali yang kedua"
garnier brightening roll-on
  
First time aku pernah beli masa zaman bljar di politeknik dulu, excited nak pakai kononnya, tapi problem bila aku apply roll-on ni sebelum tidor pagi esok bangun je eyabag makin ketara, macam mata aku lepas menangis.  After tuh memg aku buang terus je roll-on ni terus tak pakai.  Sekarang aku cari balik, gile kan aku? Dulu zaman budak-budak hehehe mana tau berjimat cermat, tak sesuai je terus buang, MEMBAZIR kan kan.  Nape aku carii balik?  Sebab aku jumpa step2 pakai benda ni
Step 1: Using circular motions, apply roll-on beginning from the inner corner of the eye area. Continue over upper eyelid in one stroke
Step 3: Repeat step one in reverse – Stroke over upper eyelid and circular motions for under eye area. Finish at inner corner.
 

 Step 3: tap using the finger.  Dap  dap dap je keliling mata tuh bagi meresap. hehhe(aku suke part ni)



Baru aku tahu cara nak pakai kalau tak main  letak jew, kadang-kadang tuh ter 'over' letak sampai masuk sikit dalam mata.  So aku tak ada lah nak berharap sangat lepas kali kedua pakai produk ni, tapi buat masa sekarang pakai jelah dari tak pakai apa-apa kan sementara cari produk lain.


mata aku ada mcam panda ni tak???


Banyak lagi aku nak beli sebenarnya.  Muka pun macam makin teruk je sampai aku pun dh pening nak try produk yang mana satu. Bahagia sangat kan tak pakai apa-apa bile kuar rumah, ingat muka sendiri ada uv protection. Belagak sangat kan bile dah teruk baru lah nk mengadu (mengadu yang tak dilayan)  Nak kulit muka zaman poli dulu boleh tak???

latest.  muke yg semakin teruk dengan eye bag yg amat ketara T_T menci (jgn terkjut lak tgk)


Hahahahahha...gelak lah ada mak jemah kisah (tangan kat bahu mata kat atas)


Misi baru dibulan puasa: Mencari barang penting* dan baju(sedih tak jumpa lagi) help me!!!
Setiap malam senyum sampai ke telinga  ^_^ 


.

16 July 2012

Menjadi yang Terbaik

Menjadi yang terbaik memang susah, tetapi cuba lah untuk menjadi insan yang terbaik dimata-Nya.. Menjadi yang terbaik untuk-Nya, Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita suatu hari nanti.  Walaupun bukan dalam masa yang terdekat, mungkin juga dalam jangka masa yang amat lama,  namun yakinlah bahawa sesungguhnya Allah memahami dan tidak akan membiarkan kita namun kita perlulah  sentiasa mengingati-Nya.  Sentiasa berdoa kepada-Nya, sentiasa memohon petunjuk-Nya, sentiasa meminta pertolongan dari-Nya, bukan dari siapa-siapa, bukan dari kalangan manusia kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk kita.  

Apabila Allah telah memutuskan sesuatu bagi kita, terima lah dengan redha, jangan sesekali menyangkalnya walaupun sesusah mana kamu berusaha, namun yakin lah bahawa Allah amat sayangkan kita dan mungkin ada hikmah disebaliknya.  Setiap masalah yang datang, hadapilah dengan sabar.  Jangan biarkan nafsu amarah menghantui diri kita.Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa berada disisi kita, jangan sesekali mendurhakai-Nya dan jangan pula kita angkuh dan alpa dengan hidup didunia yang hanya sementara sahaja. 
Aku ingin menjadi yang terbaik untukmu.  


Cintaku  terhadap ilahi melebihi  dari segalanya, dan aku yakin apabila cinta kita terhadap Ilahi melebihi dari segalanya, pasti Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita. Langkah demi langkah daku cuba untuk mengubah diri, berubah untuk menjadi yang terbaik, berubah untuk mendekatkan diri kepada-Nya, berubah untuk melawan desakan duniawi, berubah untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku, berubah untuk segalanya.  Untuk melakukan semua itu,aku memerlukan sokongan mu, dorongan yang disertai dengan izin Allah untuku menjadi insan yang terbaik.  Itulah yang ingin aku lakukan buat masa ni, walaupun banyak dugaan yang mungkin aku terima.  Namun, aku yakin Allah sentiasa ada disisi.  Ya Allah permudahkan urusanku. Amin...


Alhamdullilah ^_^

Rahsia Allah swt adalah sesuatu yang amat indah selagi kita percaya Allah memberikan kita yang terbaik..insyaAllah segalanya akan membawa nikmat yang tak ternilai...


09 July 2012

Cintai Allah Sebelum Cintai Dia


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..

Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,

Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]