Followers

add your link here ^_^

07 November 2014

Pengalaman minum air gula : week 15

I Hari genap anak mama dalam perut 15 minggu. Nampak gayanya kena minum air gula. Appointment pukul 7.30 pagi. Second time datang klinik kesihatan Meru, first time datang sebab nak bukak buku merah. Alang alang cukupkan 3 bulan dulu baru buat buku merah. Sempat jugak tanya nurse kat situ, berapa minggu dah boleh buat buku merah. Nurse tu cakap 7 minggu pun dah boleh buat. 

Sebenarnya aku masih takut takut lagi kali ni.  Pengalaman lepas buat aku takut untuk mengandung kali kedua ni.  Yang pertama dulu hanya mampu bertahan 2 bulan je si kecil dalam perut aku, lepas tu aku keguguran.

Prosedur biasa minum air gula ni untuk ibu mengandung macam biasa lah. Malam pukul 10 kena start puasa.  Aku kena minum air gula ni sebab keturunan ada kencing manis iaitu arwah ayah aku. Sebab tu mungkin aku berisiko ada kencing mana semasa hamil. Bacaan normal air gula sebelum  minum air gula ialah 5. Selepas minum air gula ialah 7. So siapa yang lepas dari paras ni kiranya ada kencing manis semasa pregnant.

Nurse akan ambil darah dulu. Macam biasa la aku ni, nak kata takut kena cucuk tak, tapi dah biasa setiap kali aku kena cucuk mesti aku mengelabah Gile. Aku pulak boleh pulak tanya macam-macam kat Nurse yang nak ambek darah aku tu.  "air gula tu tak de perisa ke Nurse?" boleh minum air masak tak nurse ? " lepas dah minum boleh jalan jalan tak?" "..

Nurse pun layan jelah soalan aku semua tu. Padahal aku gelabah sebab nak ambek darah, sebab tu aku hilangkan gelabah aku dengan tanya macam macam. Then aku pun selak la lengan baju. Nurse cakap macam tak nampak je urat aku ni.  Aku cakap la biasa aku ambek darah kat lengan kanan. Sebabkan Nurse tu duduk sebelah kiri aku. Aku hulur la tangan kiri. Then nurse tu ckp "la nape tak cakap, kalau dah biasa kanan, kita ambek kanan la, tak kuar darah nanti kalau tak jumpa urat". Aku pun tarik nafas lega, yes belah kanan. Setakat ni aku tak pernah ambil darah belah kiri. Takut sakit.  Nurse pun slow slow je cucuk lengan aku. Sembang sembang dgn nurse tu, aik dah siap ambek darah dah.. Tak sakit pun macam first aku ambek darah kat kk situ. Maybe ikut nurse kut. Nurse je lembut je. Harap harap nurse ni yg ambek darah aku untuk minggu depan for second monthly checkup aku.

Tak de lah banyak sangat darah dia ambek, bagi lepas buat bacaan je. Yes paras gula aku 4.5,so kira bawah 5 kira selamat lagi lah.  Tapi tu belum minum lagi. Yang penting bacaan lepas minum air gula. 

Lepas ambek darah, kena minum air gula tu. Aku dah review dua hari pasal minum air gula ni. Ada yg kata ok dan ada yang sampai trauma nak minum air gula. First aku tengok air gula tu, aku anggap air masak je, tak de lah pekat pun air gula tu. Rasa pun macam pelik sikit tak macam air gula biasa. Aku pilih cawan yang nampak mcm sikit air nya padahal sama je. Dengan lajunya aku minum dengan 3 kali tenguk tanpa henti. Okay rasa boleh tahan. Lepas minum tu kena tunggu 2 jam baru boleh ambil darah lagi untuk bacaan kedua.

Keluar je terus aku minum air masak yang aku bawak. Perasaan lepas minum tu Okay lagi untuk setengah jam. Tiba tiba aku sakit perut pulak macam rasa nak berak. Aku lupa pulak yang semalam aku tak membuang langsung. Apa lagi berkejar ke toilet. Lepas selesai tu aku duduk semula sebab sementara tunggu dua jam tu, aku ada scan perut pada hari yang sama. So tunggu la, lepas tu aku rasa pening dah, mungkin sebab aku dah membuang tadi, dengan puasa dari malam tadi. Aku rasa macam aku nak membuang lagi. Laju je aku pergi toilet. Lepas tu aku masuk balik, takut no giliran terlepas susah kang. Tiba tiba aku rasa angin dalam perut naik ke atas. Okay fine ni perasaan aku setiap kali aku nak muntah, aku cakap dalam diri aku, please jgn muntah. Tapi perasaan nk muntah tu mesti muntah punya. Apa lagi aku dah redha dah, lari terus ke sinki. Nahhh ambek kau, keluar semua air dalam perut aku, mula mula keluar warna kuning, lepas tu kali kedua keluar warna putih. Banyak pulak tu. Time tu kepala aku teringat husband je,dalam hati aku tiba tiba berkata "I need my husband right now"  time muntah muntah ni selalu husband aku ada bagi support, tapi kali ni tak de. Over pulak, macam aku seorang je yang kena minum air gula.

Lepas muntah tu terus aku gtau Nurse sebab kalau muntah kira cancel la, maksudnya aku kena minum air gula lagi untuk next appointment. Sabar jelah, takpe lah, untuk sayang mama dalam perut ni, maka redha jelah. Aku tanya la aku sorang je ke yang muntah dekat Nurse tu, rupanya ada jugak yang muntah balik air gula tu. Hihihi kiranya ada geng la ni.

So aku teruskan menunggu sebab nk scan kesayangan dalam perut ni. Lama jugak menunggu, biasalah klinik kesihatan kan.  Aku dah pikir dah cepatlah scan sebab aku nak balik cepat nak makan Then nak tidor. Lega terus perut aku lepas muntah tadi. Dalam hati dah gelisah dah, malas nya nk minum air gula lagi minggu depan.

Bila sampai turn aku scan je, doc suruh baring. Aku pun mengadu la kat doc yang aku muntah tadi, aku tanya kat doc kenapa aku muntah balik padahal sepanjang aku pregnant ni jarang aku muntah, selalu muntah air je. Doc cakap mungkin perut kosong sangat kut. Then aku terfikir aku berak dua kali tadi, mungkin tu jugak sebabnya, satu lagi aku minum air masak byk sgt lepas minum air gula tu, sebab apa yg aku muntah tu banyak air dari air gula. Doc pun godek godek perut aku ni pusing pusing cari baby. Aku pun pelik, susah ke doc nk nampak. Dua tiga kali jgk la, aku tak pasti dia tak jumpa ke apa.  Then doc tunjuk kat aku kepala baby yang bulat tu, mesin scan kk ke Meru ni Mac dah lama, so x berapa nk clear Sgt. Aku nampak bulat je, so aku angguk jelah ape doc cakap. Then doc tunjuk bulatan kedua, ni pulak badan dia. Dan yang gerak gerak ni jantung dia. "

Then doc tak ada pesan apa apa pun. Nak bagi MC, aku cakap tak yah pun tak pe sebab aku ponteng keje hari ni. Hahahahahahaha. Terubat jugak lah kekecewaan muntah tadi dengan tengok anak kecik dalam perut ni tadi.

Okay tu saje tu hari ni... Cepat besar ye anak mama dalam perut tu.. Ikut ukuran scan baby terlebih besar 4 hari dan sudah 11cm dah. Baru je dua minggu lepas scan 8cm..cepat nya anda membesar.. Membesar dengan sihat ye, sorry mama tak minum susu lagi setakat ni. Harap susu kotak dutch Lady coklat je hari hari.

0 sudah conteng ^_^:

Post a Comment