Followers

add your link here ^_^

30 October 2014

Rindunya

Rindunya.. Baru satu hari dah rasa macam ni.. Suami., sila balik cepat

22 March 2013

Kehilangan

Terasa janggal dalam seminggu ni sebab top one whatapps contact dah tak boleh wasap, hp hilang. Nampak gayanya kena puasa lah ni selama sebulan tunggu hp kuar.

Seminggu sebelom hp aku hilang, pergi mkn kt piza, siap mandi kat rumah, lepas mandi baru perasab hp tak ada. Pelik sebab selalu pegang semasa dalam kereta. But this time im cool okay bile hilang, not like before, menangis lah sedih sangat hp hilang kan. Haaaaah nampak tak kematangan aku disitu, nampak tak. Now kalau jadi apa2 dah tak leh mengadu, pengaduan tak diterima pakai sekarang.

Try call still boleh, so dalam hati berdoa semoga org yg menjumpai hp aku ialah org yg jujur dan baik. Kalau call dah tak dapat tu, paham2 jela maksudnya.

Dengan izin Allah, ada lelaki angkat

Lelaki:ni kak aini ye? Tepon akak tertinggal kat pizza hut

Aku:ye ye tertinggal, jap lagi akak dtg ambek

So sweet budak laki tu, dia yg serve kami waktu mkn kat pizza masa tu. Thanks banyak2 adik2 pizza yg bak hati :-) syg ketat2 kat pizahut

Alhamdulillah ada rezeki lagi dgn hp ni. Kalau hilang waktu tu memang redha, mungkin tak ada rezeki dgn hp tu. Tapi kalau boleh tak nak hilang sbb hadiaj hntran dulu. Kalau hilang nanti org lain yg akan sedih dan akan membebel. Tahan jelah T_T

Tak Sampai beberapa hari, hp top one whatapps contact list hilang tanpa ditemui. Semoga redha dgn khilangan htc kesyangan tu.  Dah tak ada rezeki. 

Mood: sakit pinggang, sakit punggung ni ha sebab jatuh kat fakulti tadi, sapu losyen anugerah kurang sakitnya.

Lokasi kejadian disaksikan oleh 2 foreigner student utem dan sekumpulan lelaki di belakang. Malu?!? Tak hahahhaha rasa steady je T_@

16 February 2013

Persoalan

Apakah hukum:

1. Berutus surat kepada tunang?
2. Berbual dengan tunang di telefon? 3. Bertemu tunang (berdua) ditempat terbuka?
4. Meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada tunang?

Dengan menjaga segala batasan syariat serta dalam situasi sekadar yang diperlukan, bukan kebiasaan.

Sekian, Wassalam

Salam

1&2) Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh berbual dgn wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Qardhawi, FM)

Perbahasan utk soalan anda yang pertama adalah lebih kurang sama yakni selagi adab/etika penulisan itu dipelihara maka ia dibenarkan.

3)Pertemuan dgn tunang diharuskan samada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yg tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yg syara'iy. Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang." HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.

4) Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis. Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Persoalan saudara yang ke-4 ini berkait dengan batas pergaulan. Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan harus di jaga walaupun sudah bertunang. Tunang bukanlah sesuatu ikatan yang menghalalkan perkara yang haram sebelum berkahwin. Apakah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan? Sepertimana yang dikatakan sebelum ini, dibolehkan untuk kita berbual dengan tunang selagi dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. Dengan jawapan ini, cukuplah untuk diri kita menilai akan kebolehan meluahkan perasaan cinta itu. Kalaulah luahan itu membolehkan naik syahwat, maka haramlah hukumnya. Sekiranya anda pandai mengolah kata-kata, seperti diselitkan antara lawak jenaka denga luahan itu, bagaimana mungkin ia boleh menaikkan syahwat. Walaupun begitu kita haruslah berjaga-jaga, kerana syaitan sentiasa mengatur strategi dlm menghumbankan kita ke dalam kesesatan dan kemungkaran. Sekiranya kita ragu-ragu, adalah lebih baik dijauhkan perkara2 yang membolehkan kita jatuh ke kancah maksiat. WA

Rujukan

Fatwa Sheikh Dr. Yusuf Qardawi

Ngeri?

Malam yg ngeri tp tdo lena kalau ada si comel ni..

15 February 2013

Malacca

Im in love with malacca.  Calm and peaceful, even sometimes traffic jammed especially in town, but it doesn't matter. Place you will feel that you were never want to go anywhere, you just want to stay. Away from bussy town like kl, away from  air pollution, away from crowded people. I love peace. And I think will come back to malacca in one day. Memory begin, with new life during 3 years at malacca, so many tears, happiness, and friends.  Place where I get new sprit, new of me, new puteri noor mastura.

Just leave 4 month to study here, to finish my degree study in Utem. I hope this 4 month will be the great time I will be here, and really hope I can use the time wisely to improve myself. Only in 4 months. I hope I can achieve my target for this semester, the last semester, the last struggle to get good pointer.