Followers

add your link here ^_^

17 June 2011

perak to malacca


okeh...siapa tak pernah naik bus?angkat jari penunjuk(al maklum lah putpanda skrg menaip menggunakan jari tgh kerana mengalami kesulitan di jari penunjukseperti diceritakan pd notakaki entry sebelom neh...

kali ni nk bercerita mengenai putpanda naik bus dr perak ke malacca...pilihan bas korang???putpanda suka transnational...u'll tahu kenapa,sebab tuh je bus yg menarik bg putpanda hahahhaha...

perjalanan selama 5jam dr teluk intan utk sampai ke melaka central dipenuhi dgn tidor sahaja..dgn berbekalkan beg baju yg sodap dijadikan bantal,apa lagi belom kuar tol lg,putpanda dh tdo..tambah-tambah lg duduk double seat sorg..bak kata akak kaunter tiket

"jgn risau dik,esok dtg beli tiket sbb system tgh down"

 "xpe, x ramai pun org pergi melaka"

confident lah sgt akak neh,padahal aku tgk nk seakan2 penuh je...kira lagi 5minit kul 11am aku beli  tiket n terus naik...and aku jd org last beli tiket,so takde lah org duduk sebelah aku...pelahh akak oi,saya nk single bg double lak...duduk single lah best,layan sorang2 dgn jiwa kacau...kalau duduk double,ntah dgn siapa nnt kita duduk kan...bahaya2,patut dielakkan...

sepanjang lebih kurang 5 jam perjalanan dlm bus,agak-agaknya 4jam jugak putpanda tido Zzzzzz bukan ada bb nk update status fb  ^_T ,ada ciber jer yg setia dr dulu sampai skrg...

nak tips cmne kalau seat korang,ada org lain duduk...so korang xtau nak buat ape kan...apa kata pakai tips neh..





TIPS COVER DIRI DLM BUS

  1. Korg duduk kt seat yg lain kalau boleh tepi tingkap baru syok,boleh lekat pipi kt cermin bus ^_^
  2. Duduk seat lain dgn confident budget tuh seat korang,pastikan tiket bus ditgn dan buat2 cari seat korang
  3. Duduk seperti biasa,letakkan beg dkt ngn bdn,kalau besar sgt letak kt tmpt beg
  4. Simpan brg2 berharga dlm poket utk elakkan masalah
  5. Apa lagi,korang buat-buat tdo,so seat yg korg duduk tuh tak sampai hati nk kejutkan korang ^_^ (putpanda biasa buat)
  6. Buat muke x berslah(muke mcm yus jambu ke),kalau org nk seat tuh jgk seat dia,ckp je"saya takleh duduk belakang lah,nanti pening,nanti saya pengsan cmner,apa kata kita tukar tempat?" kompem seat belkg2 je  kosong lg kan...(duk blkg xbest)
  7. Lepas tuh korang sambung tido seperti biase ^_^ done!!


tips di atas hnya kadan-kadang boleh dipkai.ikut luck korg lah..xkan ape pun x boleh kan ~_~



aktiviti dlm bus..


ni minuman wajib putpanda,lychee fruit tree RM2..kuih hijau RM1 3 ketul (x tau nama kuih) beli kt hentian rehat ulu bernam,lama x mkn kuih neh...sedap kuih neh..makan sehingga kuih and air laici ni habes baru puas hati...




asam nih wajib ada kalau naik bus..harga RM2.20




after mkn terus segar n syok sorg2 dlm bus

seat yg luas dan selesa...kan best mail lambong ada kt sebelah..hahahha...


ni pulak apa yg putpanda nampak di tingkap sepanjang perjalanan dr teluk intan..hahhaaha..bus laju sgt smpi senget gmbor mak jemah neh



keluar tol ayer keroh,bus singgah petronas isi minyak RM200


jeng jeng...
putpanda nampak kapal terbang yg kecik siket tu berlepas,cayaa lah...berlepas seiring dgn bus cume kelajuannya lebih laju berbanding bus trans,kalau tak mahu bus-bus sekali terbang..kalau farhana tgk neh mesti dia jeles ^_^

pada pukul 4.45pm selamat sampai di melaka dan dijemput oleh ain chan ^_^



nota kaki: seat putpanda selalu je ada org duduk,penat2 je dptkan single seat tp ada curi tmpt,begang jer..nk halau org,xsampai hati lak ~_~





14 June 2011

Ambrosia pizza free for informer




MELAKA: Sekumpulan pencuri telah melarikan 20 buah roda besi padu yang digunakan sebagai topang untuk meriam zaman Portugis di Bukit St John dekat Bandar Hilir di sini.
Pengerusi Jawatankauasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunus Rahmat bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang kecurian tersebut.
Setiap buah meriam itu mempunyai berat antara 500 kilogram (kg) hingga 600kg.

"Ini merupakan satu kerugian yang besar dan pencuri harus ditangkap.

"Kejadian sebegini di mana artifak yang berat dicuri adalah pertama kalinya berlaku," katanya selepas melawat tempat kejadian, Rabu.

Menurut beliau, roda-roda tersebut diperbuat daripada besi tuang dan sebahagian daripadanya telah dihasilkan semula pada tahun 1980-an untuk menggantikan roda asli yang telah rosak.
Lima buah meriam itu digunakan Portugis untuk menentang serangan dari arah laut dan darat pada tahun 1500-an.

Md Yunus memberitahu, kecurian itu disedari oleh pekerja penyelenggaraan kira-kira pukul 8 pagi.
Pekerja itu kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang kemudiannya memaklumkannya kepada pejabat Ketua Menteri.
Md yunus mengatakan roda tersebut mungkin dicuri pada malam Selasa kerana pekerja penyelenggaraan masih melihatnya pada waktu pagi hari yang sama.

"Kecurian ini mungkin dilakukan oleh pencuri besi buruk namun ia masih tidak boleh dipastikan.

"Kami akan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan penyiasatan," tambahnya lagi.

Beliau memberitahu Jabatan Warisan Negara akan membuat satu laporan polis pada Khamis.
Md Yunus menambah bahawa kerajaan negeri akan mengarahkan jabatan tersebut untuk menempatkan pengawal keselamatan di Bukit St John's.

Beliau menambah bahawa kawalan keselamatan di kawasan Bukit St Paul itu perlu diberi keutamaan.
Beberapa anggota polis dilihat mengepung kawasan Bukit St John dan mengambil keterangan beberapa orang pekerja penyelengaraan untuk menjalankan siasatan.

tak patut betul lah roda pun nk curi....dh lah meriam neh tinggalan sejarah...nanti apa kita nk tunjuk pada anak cucu dan generasi akan datang???merian tnpa roda???mcm x menarik je nk tunjuk kan..usaha mencari masih lagi diteruskan...

restoran the ambrosia yg terletak di melaka raya menawarkan hidangan yg menarik di restoranya kepada sesiapa yg mempunyai maklumat mengenai pencurian ini..so korang nk mkn Ambrosia’s Special Pizza(must try) pastikan anda mempunyai maklumat,jgn dtg saja jer..dtg saje mkn berbayar lah...owner Ambrosia neh merupakan keturunan portugis,tuh yg dia sedih bila roda meriam hilang(patut lah...so dia akan hidangkan mknan best2 pd pemberi maklumat...




notakaki: kempunan mkn piza hut..bila lah agaknya nk pergi mkn T_T



13 June 2011

kl gangster vs putpanda




Sinopsis KL Gangster
 Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

pjg sgt pulak sinopsis neh, nak lebih tahu kena lah tgk KL GANGSTER ini..now jom dgr pndpt putpanda mengenai cerita ini..
jalan cerita yg menarik tp laju sgt cerita ni,hehehe...kl gangster ada moral and pengajaran..so ada unsur nasihat disitu yer...jgn lah jd gangster,burok benor rupanya..nasib baik lah Aaron aziz hensem, tgk dia dlm cerita neh, lembut je mata memandang walaupun gangster tp dh jd baik lah,cuci tgn org ckp...mail lambong pun ada tau watak dia kejap kejap je ada..ada lah unsur lawak disitu kan...cuma satu je aku pelik dlm cerita neh,kenapa shark(syamsul) nk ckp sleng cina dlm neh pdahal gangster melayu...klu corie tuh yelah sbb dia cina.. 


After selesai tgk muvie kena la tgkap picture ciket..

 aleya(rayuan tgk kl gangster diterima..suka ko yerk)

 and  the last pic..jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hohoho..putpanda with po...tgk je kl gangster tp cari kungfu panda ~_^
sorg kwn putpanda ckp dia kata x suke kalau melayu jd gangster dlm dunia realiti..so harap-harap tak ada lah yg kat luar tu bercita-cita nak jadi gangster,jadi je ketua gangster senang hahahha...walaupun muke ganas tp hati kuit ^_^ 
kalaulah putpanda jd gangster,jgn terkejot pulak n org pertama yg akan putpanda belasah ialah ............. jeng jeng jeng..So ada bran ke nk cari pasal.meh ar cini,xpuas hati dtg sini,satu lawan satu ^_^
apa pun tak boleh!

notakaki: mood skip class 2 ari...OSHA OSHA naseb baek 2ari jer tau..x rugi ponteng...hang out with family lah best...after wayang bonda blnja mcd..huhuhu...bonda bz dgn hal society,kami 2beradik tgk muvee..kan best anis ada...miss u anis comei..nanti angah dtg melawat kamu di sana kalau ada sponsor^_^

download ost kl gangster TAKHTA kt sini ^_^


11 June 2011

second trip to langkawi


Here we go…langkawi trip..actually it’s not my plan,but emegercy plan,hehehe…budget gud gud je ayat bi aku neh…teruk2 tp xpe. I m still learning to write in English,.okeh kali neh nk bercerita trip ke langkawi selama 2ari semalam…cuti sekolah dh habis so,sebagai seorang kakak kpd are-nish kenalah menjalankan tggungjwb..huhuhu…im good sister right…hehehe…this is my second time  go to langkwi…if my little sis not study there,mybe lmbt lg lah nk menjejakkan kaki ke lgkawi tu…sbb mak ada hal di ipoh so aku lah yg kena hntr  my sis smpai lgkawi.Budget kali neh mendapat tajaan sepenuhnya drpada dato my mum …nak mengharapkan aku punye money,lepas  tol masuk jelah,nak keluar tol x lepas  ^_^


Disebabkan utk megelakkan pening laut,kami naiki feri dr kuala perlis ke langkawi,dari kuala kedah boleh jgk tp agak lama utk sampai ke langkawi..ticket dr kuala perlis ke lgkawi RM18 for adult and RM7 for child..terasa agak mahal disitu…dlm otak neh,piker “budget2,jgn kau lari,tak larat aku nk mengejarnye”





 
Anis yg sgt keletihan,dlm kereta tdo,dlm feri pun..pantang dpt air cond je ^_^




Trip kedua neh aku agak teruja utk bergmbr disini…amcam bontot helang jealah aku tunjuk…jgn korg ckp bontot gjah pulak ^_^ disebabkan agak teruja sbb dtg lgkawi x sempat2 nk bergmbr kt cini…

 

tuan blog yg gile dpt tgk helang


and the most place that I like when come to langkawi  is…..see see…beautiful scene…I rasa mahu terjun je dlm laut ni…geram grrrr



geram tgk kapal2 neh mcm kt oversea aku rasa beb




 
 
langkawi prade lokasi anis sellau pergi outing(pic from google hehe)

tmpt penginapan sekitar pecan kuah je sbb mrsm dkt ngn kuah..kuah ni tmpt org shoping mcm-mcm terutama chocolate..wowww..mata rabun tgk mcm2 chocolate with cheap prices..if my mum ada,mesti nak beli kain batik lgi...even kawasan pekan kuah have no duty charge tp aku still lg xrasa bersemngat utk membeli chocolate or apa2 lagi……hehehe..Cuma setipa kali dtg lgkawi mesti masuk adidas,dlm tuh byk lah yg menarik perhatian ku..hahahahaha..

 ni salah satu kedai yg ada di pecan kuah..

 

haji ismail group,cawangan dia besar gak dlm pecan kuah neh..masuk simpang dpn sikit je ada lagi kedai ni…nk chocolate,kain batik.minyk gamat? Semua ada…that why mak selalu pergi kdai neh…senang n perusahaan org melayu katanya…hehehe..sepanjang di lgkawi mak always keep calling me utk pastikan anis selamat tiba di mrsm …and I have to report to my mum everything …mak mana x risau anaknya pergi tnpa dia…mak angah dh besar, I can survive myself,and I like adventure..yehuuu…

after send anis bersama beg roda yg besar dia tuh,aku beli roti n tuna utk mkn mlm sorg2 dlm bilik smbil layan cerita melayu kt tv3 smpai tertdo,sedih x cerita mkn roti je utk mkn mlm..hehhehe..dgn tv xx bertutup nye lena aku tdo n dikejutkan oleh akak yg sedang jeles aku bercuti skrg ^_^ deringan telefon agak kuat sehingga terkejut aku bagun pg… actually mak suh dia kejut aku sbb risau aku x bgn2..


time to back…
dh smapi jeti point laju je nk balik,lpas kastam checking  aku terlupa mane kauter beli tiket…tnya akak jual tuh dia kata kaunter tiket belkg kfc..mcmane aku terlupa nk tnye anis kaunter tiket ktne…tu lah bukan nk beli 2 way ticket…bese ler bru second time…learn from mistake kan kan..so,masuk balik n keluar beli tiket….kastam checking for second time..malu giler lah check 2x..mesti dia pelik aku masuk keluar check kastam…suke sgt budak ni check kastam…kalau lah aku seludup brg2 dlm beg,mesti kantoi kan ^_^ 



feri bahagia..memang bahagia naik feri neh layan karoke wali band ~_~ xmahu lagu...nk muvee cina masa pergi lgkwai yg xsempt  play smpai habis tu..

 nak masuk feri pun hujan pulak...huhu..agak kebasahan..dugaan dugaan...




 pic xtau ape motif ^_^(pemandgan dr dlm feri)



perak!!!masa utk balik umh sekejap sebelom bertolak ke melaka lusenye

next trip ke lgkawi nak pergi payau bakau…nak g snorkelling,nk g naek kabel car,nk mndi laut puas2 dll…aktiviti seperti ini terpaksa di postpone kan n maybe akn menjadi cdangan for family day….trip kali neh dgn misi hntr anis sahaja,xleh mood bercuti sgt,x balik Melaka lah jwbnya…

conteng: jari terkepi kt tingkp kereta,smapai skrg xleh gerak sgt and xleh pegang sbb sakit lg..adakah
ianya tidak berfungsi. .ohhh tidak,saya tidak dpt terima kenyataan ini…harap cept sembuh





25 May 2011

yes or no? friend or unfriend??

betoi ke ex gf/bf xleh jd kawan baik???....sape2 ada jawapan,cube angkt tgn ciket n xplain kt aku...even korg xde relationship yg special pun kwn tetap kwn kan..tu pendapat aku lah...x semsetinya bila korang dh putus dgn ur bf/gf hubungan kawan korg terputus mcm tuh jer...chilex beb....cube korang ingat balik sebelom kapel,berkawan adalah permulaan korg kan,xkn tibe2 je kut korg couple tibe2 jer?...ada masalah korg share sama2,sampaikan nangis tersedu-sedu pun ada org tenangkan...kadang-kadang masalah kecik pun jd besar bile bersembang,gelak sama-sama,mengata apatah lagi kan,ada je idea korang nk kenakan diri masing2,dua-dua xnk kalah,dua-dua keras kepala kan...so dlm tempoh berkawan tuh mungkin korg dh kenal each other n paham diri masing-masing...so dun wori,korang boleh jadi best friend gf/bf korang even gf/bf korang dh jumpe penganti korang...korang still boleh hang out sama2 kan...sebelom kapel pun korang boleh gelak sama-sama x ingt dunia,xkan dh break korang x boleh gelak mcm mula-mula korang kawan..sesetengah gf/bf neh alasan dorg xnk rapat dgn ex dorg neh takut ex dorg still berharap lg..woooww,satu pandangan yg kurang masuk akal..mungkin sesetengah kes yg critical damped,mungkin boleh jd ada still berharap yg hubungan korang jd mcm dulu balik....tp ada juga yg berharap hubungan kwn tu kekal sampai bile-bile even masing-masing dh ada haluan sendiri...so it does't matter kan..kawan tetap kawan kan..but berkawan pun ada batasnya...cube korang cuba hilangkan rasa syg n cinta korg kt ex korang tuh,mungkin susah kan bg korang,but at least cube try..barulah korang boleh jd bestfriend...neh kalau asyik nk berharap yg ex gf/bf korang kembali kt korg,mesti tension dorg dgr ayat2 kesian yg sama setiap hari,kalau aku pun rimas,mahu je aku hentak ciber tuh,hehehe...chilex beb...and i rasa kawan lagi best after clash...itu pendapat aku lah...mybe aku lebih suke berkawan,xde masalah,enjoy jer...

jd pada sesiapa yg tgh frust tuh,apa kata korang cuba tenangkan fikiran korang,apa kata korang hang out dgn kwn-kwn,so korang x de lah pikir sgt masalah korang...and satu lagi korang jgn tunjukkan yg korang tuh lemah dpn ex gf/bf dgn bersedih "saya xleh lah awk xde" "saya nak kita jadi mcm dulu-dulu" "kalau awak xde,saya xleh teruskan hidup saya neh,tolong lah awk"...kalau boleh korang elakkan lah berckp seperti demikian...tak semua org boleh terima apa yg korang ckpkan n kadang-kadang ex gf/bf korang mesti rimas dgr ayat yg sama jer kan...tunjukkan pada dorg,yg korang boleh teruskan hidup walaupun korang berharap ex gf/bf korang ada disisi korang bile menghadapi masalah...so bile ex korang tnye "awak okeh x neh??" apa kata korang jwb jer "dun wori beb,saya okeh jer" walaupun dlm hati korang tuh "saya x okeh,tp xpe,saya kena kuat =(" jgn korang ckp lak korang x okeh...so barulah korang boleh jd kwn yg best....hubungan kawan yg rapat tu sebenarnya akan memulihkan hati korang yg terluka tuh,even korang xdpt together with her/him,but korang still boleh take care each other kan...korang mesti hepi kan tgk org yg korang syg hepi...saya suke tgk org yg sayang hepi sekarang,,suke suke..."tolong hepi okeh ~_~"

panjang pulak conteng hari neh...bukan ape,munasabah diri pada korang semua n diri aku sendiri..hehehhe


for someone yg xpenah aku lupe yg dia 'KWN' aku....dgr cini,kamu tetap kwn saya sampai bile-bile,and jgn risau,saya tetap jadi penasihat kamu bile kamu perlukan saya..samada saya diperlukan atau tak,terpulang lah...kecuali saya tgh tdo,so xleh lah nk nasihat time tgh tdo kan,penasihat perlu berehat gak kan..heheheh ^_^ n thanks for everything...KITA KAN KAWAN...


pengalaman menjadikan kita lebih matang dan ingatlah apa yg berlaku ada hikmahnya,Allah menguji hamba-Nya supaya hamba-Nya kenal erti bersyukur dan selalu ingat pada-Nya...

notakaki: key G bermasalah lak,nak bukak betoikan tkot xsama lak mcm keyboard acer ^_^
carilah kwn dgn cara yg betoi,bukan sekadar suka-suka berkawan kerana kita akan berkawan utk selamaya..pesanan ikhlas dr putpanda..