Followers

add your link here ^_^

24 May 2015

Alhamdulillah selamat melahirkan

Alhamdulillah Ya Allah


Selamat melahirkan zuriat pertama pada 2/5/2015 pada 7.12pm seberat 3.48kg.  Terima kasih pada suami dan keluarga sebab banyak bagi sokongan sepanjang proses kelahiran sehingga selesai semua.  Hahaha. Rasa unbelievable pulak bila dah jaadi mak mak ni. Hihihi. Put junior dah keluar dari perut,anak 99% ikut muka aku. Hahahaha. Gen mak terlebih lah ni dari ayah dia.  Hidung mulut sebijik macam aku.


 Alahai anak kesayangan abi dan ummi ni.  Jadi anak yang solehah ye sayang.



lihatlah jariku masih ada kulit dalam perut ummi saya lagi

10 November 2014

selera makan : pelam muda

Entah kenapa sejak dua tiga hari ni badan rasa lain macam je.  Lepas minum air gula dekat klinik kesihatan rasanya. Adoii perut tak sedap,risau kesihatan baby dalam perut. Sihat ke tak dia dalam tu, Orang cakap kalau ibu mengandung sakit,baby kat dalam perut lagi sakit.  Risaunya.  Sejak perut tak sedap ni,tekak rasa nak makan yang masam-masam je.  Kalau jalan-jalan dengan suami,pantang nampak gerai buah tepi jalan, mesti aku ajak menyinggah.  Dengan harapan ada jual mangga muda.  

Sekali hari tu, pergi kenduri kahwin kat taman melati kl, habis je kenduri kahwin, tiga buah gerai aku singgah sebabb nak makan pelam muda yang masam-masam.  Ketiga-tiga gerai ada pulak tu. Mau tak excited nya aku.  Suami pulak macam biasa mesti nak buah jambu batu.  Aku punya lah kedekut, sampai aku tak bagi langsung dia makan pelam muda aku. Jahat tak aku. Bab makan pelam ni aku kedekut sikit, takut habis cepat.  Punya la feel makan dalam kereta, suami geleng kepala jelah tengok isteri macam tak pernah makan pelam muda ^_^

Bila dah habis je pelam aku makan, rasa nak lagi.  Nak mintak suami singgah lagi dah tak boleh dah sebab dia kerja pada hari tu, so tahan jelah rasa nak lagi tu.  Dalam pikiran ni,alangkah sedapnya dapat makan 3-4 biji pelam muda sekali makan.  5 biji pun aku boleh habiskan sorang-sorang. Semalam petang rasa nak pelam muda tu tiba-tiba ada pulak.  Tunggu suami balik kerja mintak tolong dia belikan kat kedai buah belakang rumah, nak pergi sendiri malas. Hahahaha.  Dapat jugak dua bungkus mangga.  Tenkiu sayang.  

Hari ni pergi kerja macam biasa hari-hari mesti aku beli buah. Time yang biasa aku beli buah rehat pukul 10 pagi.  Ada kedai runcit kat bawah office ni.  Selalu aku mesti beli tembikai, tapi mood sekarang, dah tak nak tembikai, aku nak PELAM MUDA je.  Sekali beli dua bungkus, tengahari pulak beli lagi sebungkus.  So sehari mesti WAJIB tiga bungkus buah aku beli.  Officemate pun dah tegur, tengok put je mesti tengah makan buah.  

pelam muda hari-hari makan pun syok ni :source google

notakaki: Balik ni gayanya macam nak beli buah pelam lagi kat kedai runcit bawah. Pukul 5 ada offer, beli 2 buah hanya RM1.00. Kira satu RM0.50 je sebab nak habiskan stok.  



07 November 2014

Pengalaman minum air gula : week 15

I Hari genap anak mama dalam perut 15 minggu. Nampak gayanya kena minum air gula. Appointment pukul 7.30 pagi. Second time datang klinik kesihatan Meru, first time datang sebab nak bukak buku merah. Alang alang cukupkan 3 bulan dulu baru buat buku merah. Sempat jugak tanya nurse kat situ, berapa minggu dah boleh buat buku merah. Nurse tu cakap 7 minggu pun dah boleh buat. 

Sebenarnya aku masih takut takut lagi kali ni.  Pengalaman lepas buat aku takut untuk mengandung kali kedua ni.  Yang pertama dulu hanya mampu bertahan 2 bulan je si kecil dalam perut aku, lepas tu aku keguguran.

Prosedur biasa minum air gula ni untuk ibu mengandung macam biasa lah. Malam pukul 10 kena start puasa.  Aku kena minum air gula ni sebab keturunan ada kencing manis iaitu arwah ayah aku. Sebab tu mungkin aku berisiko ada kencing mana semasa hamil. Bacaan normal air gula sebelum  minum air gula ialah 5. Selepas minum air gula ialah 7. So siapa yang lepas dari paras ni kiranya ada kencing manis semasa pregnant.

Nurse akan ambil darah dulu. Macam biasa la aku ni, nak kata takut kena cucuk tak, tapi dah biasa setiap kali aku kena cucuk mesti aku mengelabah Gile. Aku pulak boleh pulak tanya macam-macam kat Nurse yang nak ambek darah aku tu.  "air gula tu tak de perisa ke Nurse?" boleh minum air masak tak nurse ? " lepas dah minum boleh jalan jalan tak?" "..

Nurse pun layan jelah soalan aku semua tu. Padahal aku gelabah sebab nak ambek darah, sebab tu aku hilangkan gelabah aku dengan tanya macam macam. Then aku pun selak la lengan baju. Nurse cakap macam tak nampak je urat aku ni.  Aku cakap la biasa aku ambek darah kat lengan kanan. Sebabkan Nurse tu duduk sebelah kiri aku. Aku hulur la tangan kiri. Then nurse tu ckp "la nape tak cakap, kalau dah biasa kanan, kita ambek kanan la, tak kuar darah nanti kalau tak jumpa urat". Aku pun tarik nafas lega, yes belah kanan. Setakat ni aku tak pernah ambil darah belah kiri. Takut sakit.  Nurse pun slow slow je cucuk lengan aku. Sembang sembang dgn nurse tu, aik dah siap ambek darah dah.. Tak sakit pun macam first aku ambek darah kat kk situ. Maybe ikut nurse kut. Nurse je lembut je. Harap harap nurse ni yg ambek darah aku untuk minggu depan for second monthly checkup aku.

Tak de lah banyak sangat darah dia ambek, bagi lepas buat bacaan je. Yes paras gula aku 4.5,so kira bawah 5 kira selamat lagi lah.  Tapi tu belum minum lagi. Yang penting bacaan lepas minum air gula. 

Lepas ambek darah, kena minum air gula tu. Aku dah review dua hari pasal minum air gula ni. Ada yg kata ok dan ada yang sampai trauma nak minum air gula. First aku tengok air gula tu, aku anggap air masak je, tak de lah pekat pun air gula tu. Rasa pun macam pelik sikit tak macam air gula biasa. Aku pilih cawan yang nampak mcm sikit air nya padahal sama je. Dengan lajunya aku minum dengan 3 kali tenguk tanpa henti. Okay rasa boleh tahan. Lepas minum tu kena tunggu 2 jam baru boleh ambil darah lagi untuk bacaan kedua.

Keluar je terus aku minum air masak yang aku bawak. Perasaan lepas minum tu Okay lagi untuk setengah jam. Tiba tiba aku sakit perut pulak macam rasa nak berak. Aku lupa pulak yang semalam aku tak membuang langsung. Apa lagi berkejar ke toilet. Lepas selesai tu aku duduk semula sebab sementara tunggu dua jam tu, aku ada scan perut pada hari yang sama. So tunggu la, lepas tu aku rasa pening dah, mungkin sebab aku dah membuang tadi, dengan puasa dari malam tadi. Aku rasa macam aku nak membuang lagi. Laju je aku pergi toilet. Lepas tu aku masuk balik, takut no giliran terlepas susah kang. Tiba tiba aku rasa angin dalam perut naik ke atas. Okay fine ni perasaan aku setiap kali aku nak muntah, aku cakap dalam diri aku, please jgn muntah. Tapi perasaan nk muntah tu mesti muntah punya. Apa lagi aku dah redha dah, lari terus ke sinki. Nahhh ambek kau, keluar semua air dalam perut aku, mula mula keluar warna kuning, lepas tu kali kedua keluar warna putih. Banyak pulak tu. Time tu kepala aku teringat husband je,dalam hati aku tiba tiba berkata "I need my husband right now"  time muntah muntah ni selalu husband aku ada bagi support, tapi kali ni tak de. Over pulak, macam aku seorang je yang kena minum air gula.

Lepas muntah tu terus aku gtau Nurse sebab kalau muntah kira cancel la, maksudnya aku kena minum air gula lagi untuk next appointment. Sabar jelah, takpe lah, untuk sayang mama dalam perut ni, maka redha jelah. Aku tanya la aku sorang je ke yang muntah dekat Nurse tu, rupanya ada jugak yang muntah balik air gula tu. Hihihi kiranya ada geng la ni.

So aku teruskan menunggu sebab nk scan kesayangan dalam perut ni. Lama jugak menunggu, biasalah klinik kesihatan kan.  Aku dah pikir dah cepatlah scan sebab aku nak balik cepat nak makan Then nak tidor. Lega terus perut aku lepas muntah tadi. Dalam hati dah gelisah dah, malas nya nk minum air gula lagi minggu depan.

Bila sampai turn aku scan je, doc suruh baring. Aku pun mengadu la kat doc yang aku muntah tadi, aku tanya kat doc kenapa aku muntah balik padahal sepanjang aku pregnant ni jarang aku muntah, selalu muntah air je. Doc cakap mungkin perut kosong sangat kut. Then aku terfikir aku berak dua kali tadi, mungkin tu jugak sebabnya, satu lagi aku minum air masak byk sgt lepas minum air gula tu, sebab apa yg aku muntah tu banyak air dari air gula. Doc pun godek godek perut aku ni pusing pusing cari baby. Aku pun pelik, susah ke doc nk nampak. Dua tiga kali jgk la, aku tak pasti dia tak jumpa ke apa.  Then doc tunjuk kat aku kepala baby yang bulat tu, mesin scan kk ke Meru ni Mac dah lama, so x berapa nk clear Sgt. Aku nampak bulat je, so aku angguk jelah ape doc cakap. Then doc tunjuk bulatan kedua, ni pulak badan dia. Dan yang gerak gerak ni jantung dia. "

Then doc tak ada pesan apa apa pun. Nak bagi MC, aku cakap tak yah pun tak pe sebab aku ponteng keje hari ni. Hahahahahahaha. Terubat jugak lah kekecewaan muntah tadi dengan tengok anak kecik dalam perut ni tadi.

Okay tu saje tu hari ni... Cepat besar ye anak mama dalam perut tu.. Ikut ukuran scan baby terlebih besar 4 hari dan sudah 11cm dah. Baru je dua minggu lepas scan 8cm..cepat nya anda membesar.. Membesar dengan sihat ye, sorry mama tak minum susu lagi setakat ni. Harap susu kotak dutch Lady coklat je hari hari.

30 October 2014

Rindunya

Rindunya.. Baru satu hari dah rasa macam ni.. Suami., sila balik cepat

22 March 2013

Kehilangan

Terasa janggal dalam seminggu ni sebab top one whatapps contact dah tak boleh wasap, hp hilang. Nampak gayanya kena puasa lah ni selama sebulan tunggu hp kuar.

Seminggu sebelom hp aku hilang, pergi mkn kt piza, siap mandi kat rumah, lepas mandi baru perasab hp tak ada. Pelik sebab selalu pegang semasa dalam kereta. But this time im cool okay bile hilang, not like before, menangis lah sedih sangat hp hilang kan. Haaaaah nampak tak kematangan aku disitu, nampak tak. Now kalau jadi apa2 dah tak leh mengadu, pengaduan tak diterima pakai sekarang.

Try call still boleh, so dalam hati berdoa semoga org yg menjumpai hp aku ialah org yg jujur dan baik. Kalau call dah tak dapat tu, paham2 jela maksudnya.

Dengan izin Allah, ada lelaki angkat

Lelaki:ni kak aini ye? Tepon akak tertinggal kat pizza hut

Aku:ye ye tertinggal, jap lagi akak dtg ambek

So sweet budak laki tu, dia yg serve kami waktu mkn kat pizza masa tu. Thanks banyak2 adik2 pizza yg bak hati :-) syg ketat2 kat pizahut

Alhamdulillah ada rezeki lagi dgn hp ni. Kalau hilang waktu tu memang redha, mungkin tak ada rezeki dgn hp tu. Tapi kalau boleh tak nak hilang sbb hadiaj hntran dulu. Kalau hilang nanti org lain yg akan sedih dan akan membebel. Tahan jelah T_T

Tak Sampai beberapa hari, hp top one whatapps contact list hilang tanpa ditemui. Semoga redha dgn khilangan htc kesyangan tu.  Dah tak ada rezeki. 

Mood: sakit pinggang, sakit punggung ni ha sebab jatuh kat fakulti tadi, sapu losyen anugerah kurang sakitnya.

Lokasi kejadian disaksikan oleh 2 foreigner student utem dan sekumpulan lelaki di belakang. Malu?!? Tak hahahhaha rasa steady je T_@

16 February 2013

Persoalan

Apakah hukum:

1. Berutus surat kepada tunang?
2. Berbual dengan tunang di telefon? 3. Bertemu tunang (berdua) ditempat terbuka?
4. Meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada tunang?

Dengan menjaga segala batasan syariat serta dalam situasi sekadar yang diperlukan, bukan kebiasaan.

Sekian, Wassalam

Salam

1&2) Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh berbual dgn wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Qardhawi, FM)

Perbahasan utk soalan anda yang pertama adalah lebih kurang sama yakni selagi adab/etika penulisan itu dipelihara maka ia dibenarkan.

3)Pertemuan dgn tunang diharuskan samada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yg tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yg syara'iy. Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang." HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.

4) Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis. Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Persoalan saudara yang ke-4 ini berkait dengan batas pergaulan. Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan harus di jaga walaupun sudah bertunang. Tunang bukanlah sesuatu ikatan yang menghalalkan perkara yang haram sebelum berkahwin. Apakah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan? Sepertimana yang dikatakan sebelum ini, dibolehkan untuk kita berbual dengan tunang selagi dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. Dengan jawapan ini, cukuplah untuk diri kita menilai akan kebolehan meluahkan perasaan cinta itu. Kalaulah luahan itu membolehkan naik syahwat, maka haramlah hukumnya. Sekiranya anda pandai mengolah kata-kata, seperti diselitkan antara lawak jenaka denga luahan itu, bagaimana mungkin ia boleh menaikkan syahwat. Walaupun begitu kita haruslah berjaga-jaga, kerana syaitan sentiasa mengatur strategi dlm menghumbankan kita ke dalam kesesatan dan kemungkaran. Sekiranya kita ragu-ragu, adalah lebih baik dijauhkan perkara2 yang membolehkan kita jatuh ke kancah maksiat. WA

Rujukan

Fatwa Sheikh Dr. Yusuf Qardawi

Ngeri?

Malam yg ngeri tp tdo lena kalau ada si comel ni..

15 February 2013

Malacca

Im in love with malacca.  Calm and peaceful, even sometimes traffic jammed especially in town, but it doesn't matter. Place you will feel that you were never want to go anywhere, you just want to stay. Away from bussy town like kl, away from  air pollution, away from crowded people. I love peace. And I think will come back to malacca in one day. Memory begin, with new life during 3 years at malacca, so many tears, happiness, and friends.  Place where I get new sprit, new of me, new puteri noor mastura.

Just leave 4 month to study here, to finish my degree study in Utem. I hope this 4 month will be the great time I will be here, and really hope I can use the time wisely to improve myself. Only in 4 months. I hope I can achieve my target for this semester, the last semester, the last struggle to get good pointer.

14 February 2013

Trust me

I only can said "trust me"
Depend either you believe or not, but im sincere and tell the true, even i can't convince you.  Forget about dream, forget about the passed and forget about someone else.

Sincere:puteri

09 February 2013

blogger Droid

Try this new application on my adroid phone.  This application name is Blogger Droid. But I still can't link. Arghhh how to do it. It say just long press at word area but i still cannot select the word. It to hard use smartphone to post a blog. Only simple word and i also can't arrange picture.  It more easier use laptop but im not 24 hour with my lappy.

Need learn more and try find another application. Any suggestion and idea, what blogger application have function same like the real blogger application in window.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cinta terhalang

Tak perlu nk meraung sebab ditinggalkan kekasih. Sekarang ni kecoh kes percintaan shila hamzah dan shaanaz ahmad yang tak tahu apa penghujungnya. Melalui gosip2 yg dh tersebar, shila hamzah menangis sampai bengkak mata ( menang mata aku lg kalau nangis) sambil nyanyi lagu ombak rindu. Kesian pulak tengok shila hamzah ni putus cinta, mesti dia rasa down gila bila org yg dia syg tak nak ambik tahu pasal diri dia lagi.

Sedih sgt tp tak perlu lah nk upload vedio kt youtube yg anda sedang mengalami masalah.  Semua org boleh tengok vedio putus cinta shila hamzah.  Tak semua masalah kita boleh share dgn public. Allah menguji kita setimpal dgn kemampuan kita, tugas kita terima dugaan-Nya dan berusaha, berusaha menyelesaikan masalah berpandukan agama, bukan mengikut perasaan. Aku pun pernah frust putus cinta sampai terpikir tak nak hidup lagi. Bodoh giler dulu, zaman tak matang, terlalu ikut perasaan. Macam-macam perkara aku try buat supaya boleh lupakan lelaki tersebut salah satu nya yg aku masih ingat lagi, aku menyibukkan diri setiap petang naik bukit beruang.  Turun 3kg dlm masa seminggu. Tak tahu lah turun mendadak maybe sebab mood sedih dan kecewa kut.

Ptg exercise tp malam menangis diam2 takot roomate dgr. Hahaha paginya mata jdi mcm ni. Hahaha. Ni tak besor lg ni, pernah sampai anak mata aku pun tak nampak sbb bengkak sgt. Huih membazir mak aih air mataku, tadah buat mndi boleh ka?

Lama jgk aku kesedihan dan kemurungan tapi aku tak tunjuk kat kawan2, dan aku tak pernah cerita kat housemate masalah percintaan aku tu.  Sampai lah one day tu, aku dpt semangat baru, aku tnya diri aku sendiri "kenapa nak menagis utk org yg tak tahu nak hargai kita?" " kenapa nak bersedih hanya utk seorang lelaki?"

Teruk mana pun lyanan seseorang itu terhadap kita, kita hanya mampu sabar.  Maybe aku ni jenis kuat touching kut, semua bnda nk sedih, sentap beb.  Ditinggalkan tanpa sebab, sampai skrg pun aku tak tahu kenapa. Mau tak frust bergolek.

TAPI TAPI TAPI, itu semua kisah bercinta dahulu.  Sekarang semuanya berubah.  Belajar menerima keadaan dan keputusan.  Terima dgn redha tanpa perlu berkata apa2.  Haihh sedapkan hati nampak. Huhuhu

Allah maha penyayang.  Alhamdulillah dgn mendekatkan diri kepada-Nya aku tenang dan mampu melupakannya.  Sungguh besar nikmat yang engkau berikan kepadaku ya Allah. 

Aku yakin dgn hikmah Allah. Semua yg terjadi ada hikmahnya. Now semuanya dh berubah, pikran pun semakin matang even ada sikit tak matang. Allah maha mengetahui, dia tahu apa yg terbaik utk aku dan aku bersyukur sgt ya Allah atas nikmatmu. 

Sekarang aku dh tak nak ambik tahu pasal bercinta, bagi aku cinta bagai nak rak pun kalau tak ada jodoh kita tak boleh buat ape kan,terlalu over exposed bercinta  tunjukk satu dunia yg anda tgh hangat dilamun cinta.  Tak perlu tunjuk semua tu, terlalu peribadi.  Nanti jd sesuatu yg tak diingini confirm malu dan kecewa kan? Cth "terbaik" aku nampak facebook, rajin sgt update status "setia pada bf/gf,  syg sgt2 lah, rindu sampai mati lah, tunggu sampai bila2" dan mcm2 lg lah. Then beberapa tahun lepas tu update status " sedih, mungkin ada yang lebih baik, mungkin tak ada jodoh, mungkin dia bukan untukku lagi" . Macam-macam mungkin lah keluar. Ayat org kecewa kan. 

Sampai kadang2 aku pening baca semua tu, even yg dah kawin pun nak update status manja2 dgn suami. Sorry to say, you are not in the right place to write something like that. Takkan cerita dlm kelambu pun nk share kt fb. Oh nooo jauhkan ianya dariku..

Penat lak luahkan perasaan ni. Hehehehe.  Thanks Allah, and i hope i already find someone that can bring me to the right way, way to syurgamu YaAllah. No more couple2, no more loving2, NO MORE. Fullstop, im happy with my life now, with my family, with my beloved friend.

Alhamdulilah now i more better and i forgive what you done to me, no dendam2, no sakit hati. We also have a different life now, im happy with your happiness.

Sincere: putpanda :-)

Note: do not give up, remember Allah always with us.

02 February 2013

wahai nescafeku

Now 5.07pagi, tapi aku masih lagi berjaga menghadap laptop layan cerita triologi cinta 2 sampai pukul 2.30 pagi.  Yang peliknya, lepas dari pukul 12malam tak rasa ngantuk, then continue lah layan cerita trilogi cinta sampai episod 36 sampi pukul 2.30 pagi.  Cuba untuk tido tapi mata still tak leh tutup, baring macamanapun still tak leh.  

Mula-mula pikir maybe layan cerita, tu sebab tak mengantuk, tahan je mata.  Tapi bila jam pukul 4 pagi, mula lah terpikir untuk kali kedua "Why tak boleh tido ni?" why why.  Setelah berfikir berfikir dan berfikir, now dah tahu kenapa tak boleh tido. Nak tahu sebab apa? Sebab ni :(


nescafe ais(source google)

Yes seperti dlm caption. ni lah nescafe ais yg membuatkan aku tak boleh tido.  Siapa peminat tegar nescafe ais mesti tak mengalami keadaan macam aku kan :( Tolong lah nak tido.  Sebenarnya tadi keluar makan dengan housemate "super nad" dekat kedai pak putra roti naan & tandori where located at taman kota laksamana near asam pedas claypot & pokok besar  The best roti naan in malacca.  You all should try.  Dah banyak kali jugak datang makan roti naan kat sini

pak putra restaurant(source:google)

Malam ni aku order garlic chesse naan and share ayam tandori dgn super nad.  Then air nescafe ais sebab teringat pernah makan dengan asma(housemate), dia order air dan air tu sgt sedap dan kaw bile aku rasa,  dan aku tak tahu air apa aku rasa tu, utk dptkan kepastian, whatapps asma melalui super nad utk tanyakan "air apa asma minum masa makan dgn put kat cafe bawah?
Then asma reply with "necsafe ais je pon". Mesti pelik kan aku tak tahu air ape, terpaksa tanya balik.  Maybe aku tak tahu tu rasa nescafe sebab aku tak minum nescafe dari dulu lagi.  Sedih, hilang satu kenikmatan nescafe. 

Kali ni merupakan kalia kedua aku tak boleh tidor disebabkan nescafe.  Dulu aku tak tahu lagi apa effect nescafe ni pada diri aku, now setelah kena utk kali kedua aku dah paham apa effectnya.  First time aku minum ni ipoh white coffee ni
ipoh white coffe


Ni lah tin pertama yang tak pernah-pernah aku beli, tapi aku beli jgk dkt 7e near with my house sebab teringin nak rasa .  Tgn gatai pergi capai sapa suruh even dah tahu aku TAK BOLEH minum air2 mcm ni especially NESCAFE sebab aku akan tak sedap badan dan pening yg amat kalau minum.  Abes satu tin dgn enjoy giler dpt minum sejuk2 kan.. Sampai rumah tak leh tido.  Sudah, pandang kiri kanan pun tutup muka dgn bantal pun still tak leh tdo padahal dah pukul 3 pagi.  Sepatutnya kul 12 aku dh tido (sebab hari class biasa).  Then aku tgk lampu bilik super nad bernyala lg, aku pun masuk bilik dia dan mengadu masalah aku.  Rupa-rupanya nad pun tak leh tido jgk.  Lama punya lama pikir kenapa tak leh tido teringat kami berdua minum air yg sama and dua-dua tak leh tido =.= 

Aku ni suke pikir bukan2, samapikan ak pikir ada sesuatu nak "mengacau" aku sebab tuh aku tak leh tdo.  Hah teruk kan pemikiran aku yg negatif ni.  NAk tahu kenapa sebab ini first time jadi macam ni sebab sebelum ni tak minum kan.  Serius tak best perasaan tak leh tido ni.  Bg aku tido ni nikmat, dah hilang sehari kenikmatan tido, penting woo.  Dah lah esoknya ada class.  So terpaksa lah tggu sampai subuh sebab takut terlajak


Extra:akit mata, pening kepala.  Esok pagi ni confirm bangun tengahri tak pun pukul 1 ptg.
kpd diri sendiri, jgn gatai2 nk minum nescafe klu sygkan masa tidur anda. Skrg dah masuk subuh pun, jum solat and mendekatkan diri kpdnya drpd xbuat apa. Only recite Al-Quran will make me calm. Alhamdullilah

I'm not counting a month before my big day, i only can pray that everything okay and tak berharap pun because he still not mine.  Everything can be happen in the future.  Kita pun sebagai manusia tak boleh terlalu yakin sgt, even kita bercinta dgn org lain tak mustahil jodoh kita dgn org lain.  All Allah decided from the beginning of  each person, what is different is how Allah show us and how strong we can handle it.  Now i can see his different especially advised me in aurat even im just ignore what he said.  And now he start advised me to buy tudung that fully covered breast.  I will take his advised and now im try to change but in slowly. And i'm really hope one day i can fully covered my aurat.
=.=

24 January 2013

Yes i'm 24

Syukur Alhamdulilah because im still breath in this greatest world that created by Allah.  Im so excited for this year, why? Because i feel im not young anymore, just kidding.  Excited what will I must do for this year. 

2013: this year insyallah im graduate maybe in October. Hope everthing run smoothly and I will finish my 3 years study in 2013.
Hope this year, my rezeki semakin bertambah and I get a good joob after finish my degree study because im really need it.  For my mom and my future. 

What will happen in 2013??  My target for this year only work and work. Im so tired with study, I want to have my own money with my own effort.  hahaha gile duit ke??? Don't missunderstanding okay. Hope I can reply  my mother someday.  You are means to much for me mother, really mean it. 

Maybe insyallah this year I will finish my single life.  24 year old the age that I target to kahwin. Or maybe 2014 when im 25 year old and maybe and maybe. Only Allah know, im just planning. If ada jodoh ada lah kan, kalau takda its okay because now I not not really hope with my future. Im just follow and follow and im not expected more because im scared if im lost something in one day. 

Hope this year will bring me happiness and rahmat for me, my family and my future family. Please doa for me. 

Mission 1: survey wedding invitation card

Weeding card korea style.  Simple kan. Aku macam berminat je design ni walaupun aku tahu aku tak pandai nak menilai sesuatu barang tu.  Sebab dh selalu kena, semua barang yang aku suke , mesti orang lain tak suka, bila aku cakap barang tu cantik, mesti akan ada orang cakap " tak cantik, macam orang tua" .  Dari along, alia, kwn2 dan "kawan".  Hah nampak sangat aku ni ketinggalan dgn fesyen kan.

Secara ikhlas. Okay tak design ni, apa yang aku suke sampul card ni, nampak exclusive tapi simple, it just my opnion.  Kalau tunjuk dekat "kawan" dia setuju je takpernah tak setuju, asalkan ada jew..

Tempat bulat lubang kat sampul tu kalau buat monogram mesti lagi vintage kan, gile mancari monogram yang lawa2.. So nanti jadilah kad korea mix vintage..

Wrna kad pun aku suke, cume tak mungkin lah wrna hijau, nak cari warna teal or tiffany blue..takpun pastel color yg matching dgn tema.  Wahh color msti nak gempak, tapi bila pikir2, beli kad kahwin mahal2 orang buang jgk nnt.  So decided beli murah2 jew sweet n simple.  Duit lebih boleh digunakan utk benda lain. 

Rasa nak diy sendiri je weddding card tapi pikir2 memag dah kena start dari sekarang kalau diy, kalau tempah kt kedai 3 bulan sebelum majlis dah tempah kut, takpun lagi awal, bnda penting kan.. Adakah aku akan DIY ataupun tempah kat kedai je, itu akan dipikir kemudian sebab kepala dah serabut pikir benda lain. Lagipun lambat lagi nak kawennya, hold on dulu pasal wedding card. At least aku dah tahu nk tgk2 kad kahwin kat mana, harap dpt murah dan memuaskan hati. Asalkn simple dan ada monogram yg hot stamping. Even lambat lagi tapi bila dah masuk 2013 ni macam dah tak lama je, kalau 2012 still boleh ckp " xpe lambat lagi ada setahun lagi" tapi dah masuk 2013 ni macam nak dekat pulak, better plan awal kalau tak nak kelam kabut.

Misi : survey harga kad kahwin with reasonable price

Cth monogram

Hilang kemana?

Jogging.. Activiti yg sgt lama ditinggalkan.. Malas sangat setiap kali housemate ajak jogging untill one day im so excited nak pergi joging kat botanikal melaka.. Tapi tiba2 teringat nak cari kasot jogging dlm kotak2 kasut.... What i was found... Nothing, boleh pulak tak jumpa, penat cari dh punggah 4 kali but still tak jumpa..terus takda mood nak jogging..after 2 days, bersemangat ikut housemate pergi joging dgn hanya memakai kasut getah wrna putih with tiffany blue socks.. Sekali tengok macam orang baru lepas pantang, tp redah je drpd pakai kasut canvas yg keras..

Berjaya juga berlari anak-anak walaupun semput, mampu 3/4 pusingan je, lepas tu dah tak selesa asyik nak tercabut je kaki dr kasut.. Nak kasut, kemana kau menghilang...aku tak leh nak jogging kalau kau tak ada  )=

======misi survey keperluan masa hadapan, hope someone can handle everything for me======

12 December 2012

Ku bermimpi

Dream just a dream. So funny when fana come in my dream and help prepared pelamin for me, it so simple with pink colour. At the same time, i want to go somewhere which i can meet someone, but im not really sure where the place and for sure, the place far maybe take 3 hour to arrive. I dont know why i really need to meet her, but like usually, i just make a plan but Allah know the better. Very grateful that he not come in my dream X( And i stay focussed with my soleminization, hope one day the time will come even it just a dream. Headache when try to remember someone phone number that i pray before to forget all about this guy..Allah love me, and untill now, i still can't remember.. Now i want to concerntrate with my final year study and work hard after graduate. When i said work hard it mean "very hard". Hope i can do it.......

27 November 2012

I miss my mother

I miss my mother.  Really miss and i want back home this weekend.. I wish i can..

Weather

Raining at malacca.

Post using android smart ni tak leh tukar jenis font n size ke?

Im busy but pretend not

This month, i'm so busy with my psm project, also my assigment.  Many thing to do, but im still act that nothing happen,what going wrong puteri noor mastura?? Half dead of me when remind about my psm, it cost a lot. Just prepared the setup it cost about one hundred and i think it wil more. Medicine cost also high,i think is about 3 hundred or something.  when i can find the extra money to support my project costing.

For the first sem in my last year, i need to finish my research about "dielectric constant of pharmaceutical medicine using microwave radiation" . For this research i need do some measurement and this only can do in microwave lab at my faculty which need booking first at least 3 day before. What is dielectric constant and what relationship with pharmaceutical?? And how about microwave radiation. For this year i must fully understand and can explain to the psm panel. 

For the measurement, i need prepared the medicine sample tablet like paracetamol, cylro?(flu), and ant?(batuk) then i need to hancurkan this medicine using the hammer(part that im not like). Then i need to prepare the chamber which use to put my sample on it. The plate to place my sample cost about 50 ringgit. Im use horn antenna to expose the radiation frequency to my sample, then we can see the signal using VNA(Vector network analyzer) and i need to kaji this signal result. But my experiment have 3 paramaters to measure,frequency, distance and mol(add water).  For the expected result i will get about 3 hundred graph and i need to explain about this graph.  Okay im stop story about my psm project.

21 September 2012

~Alhamdulillah~

Syukur yg tak terhingga kepada ilahi..semunya berjalan lancar dimajlis pertunanganku